entry kali ni khas untuk membantu owner blog Mrs Kown cara bagi ubat untuk anakanda kesayangannya iaitu Adam..blog ni saya suke sebab life dia hampir sama cam kehidupan saya..oor 1st son is boy..and for the second one we expected to have second baby boy..(boleh buat pasukan bola sepak ni..)..kalau tak silap die pon ex mrsm and same oso with me..
semua mummy mesti bermasalah kalau nak bagi anak ubat..same goes with me..dulu iman selalu kene demam sebab nak tukar bulan or kahak banyak kat paru-paru..mujur kitorang consult Dr Mas kat Pusat Rawatan Mutiara, Sg Buloh..Dr ni memang terbaik..jenis kecoh-kecoh sikit and tak lokek bagi tips or ubat yang terbaik untuk patient dia..dia memang dilahirkan untuk menjadi Dr..siang keja kat UM malam bukak klinik sampai malam nak rawat patient..sangat tabah bagi berkhidmat untuk masyarakat..
kalau iman demam..bukan ubat syrup pink biasa tu dia bagi..pasti dia bekalkan kami dengan ubat yang best..tak ingat nama ubat tu..tapi perisa oren and kurang pahit..kalau iman batuk, Dr akan pastikan iman sedut gas coz nak elakkan kahak makin teruk..last2 dia advice kami untuk beli je nebulizer sendiri coz iman kerap sangat kena and tak perlu tengah2 malam pegi klinik..tapi sejak ada nebulizer ni iman dah jarang demam and batuk2..
berbalik pada tips camne nak bagi ubat kat baby, ini cara yang berkesan Dr Mas ajar..tak perlu nak berperang pegang tangan dan kaki baby kuat2..dah la baby sakit pahtu pegang kuat2 mestila dia meronta2 and bertambah sakit la baby tu..actually dah penah cite pon pasal tips ni kat previous entry, tapi mesti tak bape faham sebab takde gambar nak tunjuk as an example..
- Letak baby atas katil or sofa or tilam atas lantai (permukaan yang rata)..
- Tukang bagi ubat tu duduk kat hujung kepala bayi sambil bersedia dengan syringe with dos ubat yang nak bagi..
- Pegang mulut baby jadi cam bentuk mulut ikan
- Pamkan ubat sikit demi sikit (kuantiti yang boleh baby telan) and each pump pastikan ada bunyi ‘gulp’ baru pump another amount k!
- kalau baby nangis lagi bagus..lagi dia telan ubat tu easily..but beware..baby2 skang ni bijak2 belaka..mereka boleh simpan ubat tu untuk masa yang agak lama..so pastikan dah telan abis or dengar bunyi 'gulp' baru pumpkan another amount k..
ini pulak contoh camne nak handle baby masa bagi nebulizer..iman memang fobia gile dengan mende ni..nampak mende ni je pon dah boleh nangis beria2..walaupun hati ibu ini tersentuh tengok dia nangis..tapi kena tabah gak sebab nak iman cepat sehat and tak nak keadaan jadi makin buruk..
love,
ilyia.faizol.iman al farissi
babe...kenape kene pakai nebulizer tu? mcm moliepenah pakai mase sakit lelah dulu...ke lain?
ReplyDeletehaah..kalau lelah pon boleh pakai..iman tak kne lelah agi juz nak cairkan kahak..klu kahak penuh kat paru2 nanti boleh kne infection kat paru2..lepas iman pki tu sure dia bole tidur and nafas pon teratur..
ReplyDelete