Misi Percutian kami kali ni seperti mission impossible punya adventure sebabnya kami akan membawa a lot of kanak-kanak la konon.. Percutian ini dianggotai oleh Iman (5 tahun), Idd (3 tahun) n Iyad (6bulan) sangat adventurous kan nanti mana nak control dorang..nak breasfeed iyad lagi..cukup ke tangan nak pegang..macam-macam mende dalam pemikiran kitorang ni..Dari awal hidup berumahtangga saya takkan tinggalkan anak-anak saya kecuali terpaksa atas urusan kerja..lagipon kami berdua dah discuss yang hubungan kami belum lagi sampai tahap nak kene bercuti n luangkan masa berdua je unless bila kami rasa dah tahap kronik like kitorang dah tak dapat feeling perasaan bercinta masa zaman before kawen memang itu dah emergency la kene g sesi terapi honeymoon..as from now kami kene try to adapt our new situation dengan ramai anak n camne nak angkut (zaman sekarang anak 3 tu kire ramai la kan?)..so setelah diperjelaskan panjang lebar kenapa kami bawa iyad yang masih baby walaupun ramai yg pandang enteng bawa baby pegi pulau..biarkanla..yang penting kita happy n time bercuti takdela asyik terfikir "kan best kalau anak-anak ade"..lagipon saya tanak susahkan ibubapa saya jaga..dahla tak bawa diorang pahtu kene jaga anak kite pulak kn..so konsep percutian kami yang main redah je ni end up with beautiful moment yang takkan dapat dilupakan..
Tiket pegi krabi ni rupenye pey dah beli lama dari tahun lepas lagi so at the mean time ble la kumpul duit untuk penginapan through agoda..nanti tinggal bawa duit utk aktiviti, transport, food n souvenir..Setelah penat survey hotel mana yang memenuhi kriteria yang saya perlukan (almaklum sebab ada baby so kene fussy sikit) saya pun pilih 3 hotel yang terbaik dari segi bilik, fasiliti dan juga dalam budget saya pun compare harga bilik tu through hoteltravel.com, asiarooms.com n of kos agoda.com..so harga paling berbaloi adalah through agoda.com.. Setelah penat membuat kajian n compare harga Ao Nang Nagapura menjadi pilihan di hati..Jadi mak-mak ni sangat complicated kan buat kajian nak booking hotel beria padahal untuk kepuasan diri sendiri n bangga sebab hotel best n harga ok...hahahaha!
Kitorang pergi Krabi naik Air Asia la of kos kan...kereta pulak kitorang tinggal je kat open car park LCCT, RM 16je sehari..senang takyah susahkan orang nak anta n amik or bersusahpayah nak naik public transport kan..sampai kat Krabi Airport kitorang naik taxi je untuk ke hotel dlm THB 600 (RM60)..if amik airport transfer dari hotel kene caj dalam THB 800..
Kitorang pilih Ao Nang Nagapura sbb bilik yang sangat besar dengan pool access n dalam lingkungan budget yang telah ditetapkan oleh pey..tapi kami tak suggest korang stay sini sebab buffet breakfast tak best n jauh skit dengan Ao Nang town..sila stay kat Ao Nang Orchid or Ao Nang Princeville sebab dekat dengan tempat makan n pelbagai kedai..area hotel kami ni mostly adalah boutique hotel n tak de choices restoran halal..tapi jangan risau sebab Chaba Restaurant menyediakan pengangkutan percuma untuk ke restoran mereka n makanan diorang lebih murah sikit dari restoran Halal di Ao Nang town..cuma takde lobster je la kat situ...meleleh rasa air liur cite pasal makanan kat Krabi..
Percutian 3 hari 2 malam amatlah tak cukup masa untuk keluarga besar kami..tak cukup masa nak menikmati Krabi n tak cukup masa nak menikmati hotel..Nasib baik amik bilik dengan pool access ni sebab boleh berendam sampai tengah malam n apa yang saya suka kat sini walaupon tengah malam air kolam sangat suam n sangat seronok berendam berdua-duaan after anak dah tido (ada anak banyak anak kene carik masa untuk suami time camnila...heee)
While waiting for check in..chilling with welcome drink
Our spacious room!
Excited tgk pool depan bilik..
Next entry saya akan sambung dengan aktiviti menarik kat Krabi yang anak-anak pon boleh join..of coursela Island Hoping and snorkeling kan? Jangan lupe sampai je kat Ao Nang after check in hotel sila survey pakej menarik yang tour agent sana offer..jangan lupe mintak diskaun tau! tapi bagi u olls yang pegi bulan November, tour agent sana bagitau harga memang tak boleh kurang sebab lots of tourist Mat salleh datang ke Krabi..Kitorang amik pakej through agent kat tepi hotel je sebab sangat peramah, Muslim n boleh kecek kelate..senang nak communicate n harga pon within the budget..bole customize pakej untuk fix dengan keperluan kitorang cume mahal sikit je..cam kitorang on 3rd day kene balik tapi ada hati nak singgah Emerald Pool n terus pegi airport..Agent ni jugak yang introducekan kitorang dengan Chaba restaurant yang ada free transfer from hotel to restoran..menarik dan sangat convenience!tapi kitorang naik pengangkutan awam la..tak ingat apa namanya tapi kinda cool sebab dirang deco mini van macam pesen..anak-anak pun sangat eksaited naik mende ni..
Luckily ada travel agency depan hotel kitorang..diorang offer muslim friendly travel package n child friendly pun penting!plg best meet the budget!
So, for our first day tak banyak yang kami boleh lakukan..sampai je dari airport..check in..rehat sekejap..then keluar cari pakej menarik dan terus pegi dinner..malam tu kami mandi kolam je n tidur!
Out for dinner n searching for the best trip package which is suitable for us!
Esok tak sabar nak snorkelling!
another entry pasal krabi
- Krabi with the kids, literally... Al Farissi: Day 2
- Krabi with the kids, literally... Al Farissi: Day 3
love,
Mummy Al Farissi
Assalam nk tanya.awak pergi berlima je eh.parents + 2 kids + 1 baby. i tot stiap anak kena ada 1 adult accompany xperlu eh. Tqia.
ReplyDelete