Monday, October 12, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in STROLLER Contest



OMG iman ku sayang..setiap kali mummy nak masukkan iman contest mesti pening nak letak gamba mane satu yg comel..terpaksala mitak bantuan makcik2 kat ofis halal ni decidekan mana satu yang seswai..ada yang pada mummy comel pada dorang tak comel..huish..pening2..nak buat keputusan..takpela..we give it a try k..kalah menang blakang cite..janji dah mencuba..ni first time mummy masuk contest via blog MomBloggersPlanet..hadiah2 ditaja oleh PhotoBookMalaysia dan AliceWonders..ni antara pics yang mummy nak masukkan..



bila ada stroller, semasa shopping pon tinggalkan anak seketika didepan cermin (bagi kes anak saya yang memang suka perasan depan cermin, ini adalah salah satu method utk melekakan anak..hehehe)


Nama jejaka kacak diatas adalah Iman Al-Farissi bin Faizol Radzi dilahirkan pada 16 Disember 2008.

Bdw, penggunaan stroller/ pram or kete sorong ni amat berguna kepada mummy2 untuk memudahkan pergerakan mereka samada untuk bersiar2 atau keluar makan..bagi realiti kehidupan saya, saya menggunakan stroller untuk:
  1. Bersiar-siar di depan rumah, taman, shopping complex etc
  2. Keluar makan (bila baby tidur senang sikit, baby pon selesa sebab dapat baring)
  3. Di dalam rumah (bagi baby yang tak boleh lepas pandang mummy dia, letak dia dalam stroller sambil mummy boleh buat kerja rumah lain, e.g memasak, sidai baju, iron baju etc)
  4. Permainan anak (iman amat crazy dgn tayar, sampai tayar stroller pon die bole leka bermain)
p/s: saya menggunakan dua stroller, satu kegunaan di rumah, satu lagi utk bersiar2

Saya juga ingin berkongsi pengalaman pertama kali membeli stroller untuk anak
  1. Search internet produk2 yang terdapat dipasaran n bandingkan ciri-ciri yang mana sesuai dengan penggunaan seharian anda serta mengikut kemampuan
  2. Pastikan stroller yang anda beli muat untuk masuk dalam bonet kereta anda. Jika anda memakai kelisa, janganla pulak beli stroller gedabak besar..sia2 je tak muat
  3. Memandangkan saya mummy yang masih belajar, tiada bajet utk membeli stroller mahal,so saya hanya beli yang simple je..tapi nyesal gak sebab banyak kekurangannya, n saya harap kawan2 tak mengulangi kesilapan seperti saya.Beli je yang mahal, apa salahnya..boleh pakai untuk anak2 yang lain.
  4. Anak-anak cepat bosan..belikan some accessories untuk anak anda, samada kipas yang mengelip2 tu..buku ke, soft toys ke..
  5. Pastikan semasa beli stroller tu beli yang tak perlu nak kena ikat sentiasa..beli yang ade cover didepan. Contoh yang saya maksudkan

stroller iman tiada penghalang dihadapan..merbahaya dan susah sebab setiapkali nak dudukkan dia kene pasang seat belt..


now, mari kongsi beberapa tips untuk penggunaan stroller ok!
  • jangan tinggalkan bayi anda sendirian di dalam stroller, terutamanya ketika tidur
  • sentiasa menggunakan safety belt untuk mengelakkan kecederaan kepada anak anda
  • jangan overload stroller anda dengan meletak barang atau kanak2 lain dan tidak melebihi berat yang dibenarkan oleh manufacturer
  • jangan menggantung handbag anda untuk mengelakkan
  • pastikan anda memastikan safety belt itu di lock dengan betul sehingga menghasilkan bunyi 'klik'
  • gunakan brek apabila berhenti di sesuatu tempat terutamanya di kawasan curam
  • jauhkan kanak2 dari stroller semasa anda menyimpan stroller untuk mengelakkan daripada tersepit




iman amat bahagia dapat bermain dengan tayar strollernya..







love,

ilyia.faizol.iman al farissi
salam semua..

anyway..walaupon bizi mengenter data untuk spss..matapon dah nak juling ni..so sambil2 tu carila idea untuk majlis akikah+harijadi iman..tak buat kot majlis cukur jambul sebab ustaz kate bid'ah..walaupon saye ni bukanla alim sangat, tapi bila tau perkara tu salah, kalu boleh elakkan la..so camne ye nak wut birthday yang best + majlis akikah yg dirahmati ni??pening2..so nak reviewla majlis akikah yang previously org buat kat blog2 diorang..mane tau dapat idea..

OMG..tinggal satu hari jelagi tarikh tutup nak masuk Cutest Baby Photo Contest..bz amat sampai lupe mission aku nak masukkan iman dlm contest ni..tunggu k entry seterusnya!tata!


gambar aku dan faizal tahir~ini bukan hubungan sulit..ini hubby saya..faizal tahir ver. gemok..ahaks!

love,

ilyia.faizol.iman al farissi

Saturday, October 10, 2009

what a day~AL-FATIHAH



hye everybody...some sad news to share..

last friday..after balik kerja,mama call suruh balik cepat coz nak gi hospital selayang, maklong dah tenat..sampai hospital, kak cah gitau maklong jatuh and then peha patah, masuk hospital alor gajah..and mitak transfer hospital selayang coz biasa berubat kat sana and dekat ngan anak2..tengah malam, doctor gitau dah try segala2 but maklong takde response pon..laz doc nak try direct masuk tube ke jantung if not mereka akan lepaskan maklong..kami sudah mula redha pemergiannya..selamat doc bagi melawat maklong dalam CCU, tapi sekali masuk dua orang sahaja..sebak aku tengok maklong dalam keadaan bengkak2 dan banyak wayar kat badan dia..mama and ayah decide nak stay kat hospital and aku kene balik coz ada baby kecik untuk dijga..subuh tu ayah call maklong dah takde, so kami pon bersiap2 untuk pulang ke melaka...aku org ke tiga laz sampai and alhamdulillah sempat untuk mengucup maklong buat kali terakhir...tak boleh ikut g kubur coz ada baby..petang tu kami balik klang coz wan aku pon tak berapa sihat...but then malam tu, kami dikejutkan dgn satu berita buruk, mak sedare belah hubby (mama @ mok zam) meninggal..arwah memang dah sakit dekat 3 tahun, tapi ralat coz tahun ni tak sempat gi beraya rumah arwah..so pagi tadi kami bertolak ke kemaman..dalam satu hari, sekali 2 orang, orang yang saya hormati telah tinggal buat selama2nya..insaf seketika..semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..AL-FATIHAH..



love,

ilyia.faizol.iman al farissi

Thursday, October 1, 2009

iman got fever again!



wah...hurmm..huishh..huh.. (tatau nak describe mengeluh camne)

dikala kerja ku melambak-lambak ni..Allah bagi dugaan iman kesayanganku demam..tataula demam sebab nak tumbuh gigi ke(gigi dah tumbuh sebatang je..) or demam nak pandai jalan ke..(bila orang suruh tatih ke mummy, die berlari..bukannya tatih) or demam pandai joget ke..huhuhu..comelje iman dah pandai joget..i just wonder camna iman boleh faham joget tu ape..bila mummy kata "iman!joget sikit..." dia pon menggerak2 kan perut dia yang seboroi dedinya itu..hehehe!

anyway..iman cepatlah sembuh please..mummy takle ponteng arini and esok..ada kelas!sedeynye..

p/s: pn ilyia...bilakah kamu mahu menguplod gamba raya kamu???huh..gamba berbuke pon tak uplod agi..

love,

ilyia.faizol.iman al farissi