OBJEKTIF PROGRAM:
Menyediakan peluang pembiayaan bagi graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap atau pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah lanjutan.
PENAJAAN PENGAJIAN*
- Penajaan ini hanya terbuka kepada calon-calon yang sedang mengikuti pengajian dalam tahun 2009 serta yang akan memulakan pengajian bagi sesi akademik 2009/2010.
- Calon-calon yang ditaja hanya akan dibiayai dari segi yuran sepanjang tempoh pengajiannya.
- Tempoh tajaan maksimum bagi pengajian peringkat sarjana ialah empat semester (dua tahun) iaitu tidak melebihi RM10,000.00.
- Tempoh tajaan maksimum bagi pengajian peringkat Ph.D ialah lapan semester (empat tahun) iaitu tidak melebihi RM20,000.00.
- Bagi calon Ph.D, RM1,500.00 disediakan sebagai bantuan khas penyelidikan dan penyediaan tesis dengan syarat cadangan penyelidikan diluluskan oleh pusat pengajian siswazah / fakulti dan bantuan ini adalah termasuk serta tertakluk kepada had maksimum peruntukan bagi seorang calon Ph.D iaitu tidak melebihi RM20,000.00.
Syarat-Syarat Umum
- Terbuka kepada warganegara Malaysia yang sedang atau memulakan pengajian dalam tahun 2009 dan 2010 sahaja.
- Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi calon peringkat sarjana dan 43 tahun bagi calon peringkat Ph.D para tarikh memulakan pengajian.
- Pengajian adalah secara sepenuh masa.
- Pembiayaan diberikan setelah menerima surat tawaran dan mendaftar sebagai pelajar ijazah lanjutan di mana-mana IPTA dan IPTS terbabit.
- Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja (kecuali pinjaman pelajaran atau elaun pembantu penyelidik siswazah).
- Tiada ikatan perjanjian dengan pihak lain.
- Tiada ikatan kontrak yang akan dikenakan dan pembiayaan ini tidak bermaksud untuk berkhidmat dengan pihak Kerajaan selepas tamat pengajian.
Syarat-Syarat Khusus
- Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya CGPA 2.75 atau setaraf dengannya bagi pengajian peringkat sarjana dan berkelayakan sarjana yang baik bagi pengajian peringkat Ph.D.
- Bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA di bawah 2.75 atau setaraf, pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan akan dipertimbangkan.
- Calon-calon yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan umum dan khusus yang ditetapkan.
- Mempunyai pekerjaan tetap atau berpendapatan tetap.
- Ph.D - maksimum lapan (8) semester
Sarjana – maksimum empat (4) semester
Yuran akan dibayar terus kepada pihak universiti.
Pemohon boleh muat turun borang permohonan mulai 12 Mac 2009. Permohonan yang lengkap beserta dokumen sokongan boleh dihantar ke alamat seperti di bawah.
Soalan LazimMuat turun borang tuntutan bantuan khas penyelidikan dan penyediaan tesis
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Bahagian Biasiswa,
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 4, Blok 1, Menara PjH
Presint 2, 62100 Putrajaya.
(u.p: Tajaan Khas Bajet Mini 2009)
Tel. : 03-8884 4607 / 4612 / 4669 / 4634 / 4618
Faks : 03-8884 4701
E-mel: bajetmini@mohe.gov.my
NOTA : Pembiayaan ini tidak termasuk kos elaun sara hidup. Jika perlu, PTPTN ada menyediakan kemudahan pinjaman ini, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi berkenaan.
No comments:
Post a Comment