Wednesday, February 13, 2013

5th anniversary of us...

Tahun ni kami celebrate simple je coz tatau condition mummy camne..kang pegi candle lite dinner tetibe rasa nak terberanak..ha camne tu? membazir je..so we have simple hi tea kat sky bar restaurant located at traders hotel..affordable price of food but limited choices..seriusly harga lebih murah dari chilli's n even tony roma's tapi yang penting kitorang dapat hang out berdua n menikmati pemandangan klcc yg sangat spectacular!petang tu kitorang roger bff adila yg kerja dekat dgn klcc utk join kitorg melepak sambil tunggu hubby dia amik..thanx dla for spare sometimes for us..dia la minah yg bertanggungjawab menemukan kami berdua ms zaman skolah dulu..hee..

orang kata first five years adalah tempoh yang sukar dlm hidup berumahtangga..we all managed to face and handle it..teringat masa mula2 kawen hidup pun susah..majlis kawen pon cam kawen ko oi je.. ade duit sikit kitorang nikah.. kumpul duit lagi buat sebelah pompuan..kumpul duit lagi buat sebelah laki..beza sangat dengan wedding sekarang yang sambut gilang gemilang...whatever it is apa yang kami pentingkan dalam kehidupan rumah tangga adalah keberkatan.. biar sikit tapi berkat..kalau lebih, alhamdulillah syumyr..

masa mula2 dapat baby sangat takut nak besarkan iman coz kami berdua pon cukup2 je duit tapi rezeki anak memang banyak sangat..rezeki makin melimpah n both of us rasa tak percaya yang kami boleh membesarkan imanidd n now dah sekolah pon..


thanx Allah for this great journey!we hope the best and may our relationship lead us to jannah..Ameen!













Tuesday, February 12, 2013

waiting..

sangat nebes nak jumpa our 3rd edition of love..tapi pey kata dia tak nebes...nape aku je beria nebes?

while waiting for this precious moment, imanidd was sooo manja n mengada..semua nak mummy buat..tapi nampak iman cam menagih kasih syg mama coz lately asyik tidur dengan mama n idd lak dengan papa..preparation to give mummy some space to breathe bile baby kua kot..tapi bila time mood cranky takle blah yang idd asyik ajak turun naik tatau nak pegi mana..mummy ni nak bawak diri pon tak larat..jalan cam siput dah..iman lak everything nak mummy yang buat even utk tukar channel tv..saba jela! whatever it is..hope bila ada baby,mummy dapar agihkan kasih sayang yg sama rata utk 4 org..i'll try my best to not neglect anyone of u (hard task i guess)..

sambil menunggu ni boleh plak mummy kene batuk2 yg teruk n sakit gg bongsu nak tumbuh..cambe nak handle all this bile contraction dtg?seriaunye la memikirkan..sakit gg hanya menyebabkn mummy takle nk menikmati mknn tapi batuk sgt rimas..dengan time hujung2 ni memang susahla nak control bladder kan..sabar n tabah dengan ujian Allah..anyway suke atau tak esok mummy kene gak kuakan baby..dah seminggu tak berani minum akar fatimah..bagi mummy ubat pahit camnepon bole telan tapi bab2 akar2 kayu ni mmg payahla..

hope everything will be fine..doa yang terbaik..amin!


Saturday, February 9, 2013

lovely sunday in february

10.02.2013

baby still hang in my tummy..masih takut nak lihat dunia..

harini iman ikut atta n mama balik melaka..syoknye dia jalan2..

cuti pnjng tapi kami duk umahje tunggu our little baby keluar..

abang idd aka abang ngah lak demam..sian dia demam..pass baton lak iman ni kat adik..alhamdulillah pey ada bole jaga idd n idd memang anak papa pon..cume sekali sekala nak mummy..

last friday we have celebrate our 5th anni n thanx Allah for this great life!

Monday, January 28, 2013

Antenatal check up at demc

baru nak update pasal pregnancy saya yang ketiga..found out pregnant masa before ramadhan lagi..ramadhan memang KO abis..bole puasa sehari je!tatau nape pregnancy kalini sangat lembik n tak gagah cam dulu..di akhir-akhir pregnant ni lagila..rasa cam orang mengandung..baru faham perasaan nape orang pregnant jalan camtu..baru paham perasaan penat pregnant ni camne..dulu seriusly sangat tough n rase cam ada perut besar je..sekarang ni mampu berehat je..nak sidai baju pon tak larat..bdw..this time planning nak bersalin kat DEMC Shah Alam..before this, Iman n Idd bersalin kat HUKM..memandangkan HUKM sangat sesak try cari tempat yang comfortable nak bersalin dan iman n idd bole datang bila-bila masa je untuk tengok adik baru!


ada 2 palang disitu memang sahla pregnant!


This time planning bersalin kat sini..harap dipermudahkan segala urusan..Amin!


ha!kelas kau jah..nama pun dah O&G suite..memang  chillax lah tempat ni!



sampai je macam biasa..buat DIY ujian air kencing sendiri..so takde changing in color..hope takde masalah dgn UTI

Pegi je kat kaunter tu anda akan dilayan mesra..almaklumla berbayar..tapi seriusly harganye cam kita gi check up kat klinik swasta biasa..

lepas tu tunggu nombor dipanggil untuk temujanji dengan dr..kali ni saya di beri mandat untuk pilih dr..saya pilih of course dr pompuan..dr fairuz ashikin..memang sangat soft spoken (saya ni takut doktor..hee)

after dah jupe doctor..pegi bayar bil n ambik ubat n boleh balik..yeay!sangat hastle free!macam biasa selalu je dapat goodies bag..orang kata based on doctor tu nak bagi ape..biasenye dlm tu sampel susu..ok what..kaum pompuan mmg suka sampel percuma!



yang penting parking senang carik n ade buggy car setiap masa nak bawak ke kete..sgt customer friendly!

muke gembira ditiup angin sepoi2 bahasa..heee!





love,
Mummy Al Farissi

Tuesday, January 15, 2013

Sel stem Bayi




Teringin nak buat ni..cost pon quite ok..tapi mesti tugas sukar nak pujuk pey..chances 50-50..SUSAHNYA HIDUP TANPA PEKERJAAN TETAP!!

lebih best baca di blog ni part 1 & part 2

Masa iman dulu dah tau jugak pasal ni and teringin gak nak amik..tapi pey tanak coz masa tu cost nak besarkan anak pon berkira-kira..now anak ketiga rasa rugi lak tak amik..kalau jadi apa-apa kat iman & idd or kat kitorang daha ada back up..anyway..kita hanya mampu merancang..Allah yang menentukan segala-galanya..camnalah caranya nak educated kan golongan bapa ni..



from forum ratu hati.com
DARAH TALI PUSAT PENAWAR AJAIB

Berpotensi merawat lebih 70 jenis penyakit termasuk barah darah, penyakit jantung, kecederaan saraf tunjang dan parkinson

SECARA tradisi, tali pusat bayi yang baru dilahirkan akan diserahkan kepada bapa untuk dibasuh sebelum ditanam. Berdekad lamanya, tiada siapa mengetahui keistimewaan darah dari tali pusat dan keupayaannya sebagai penawar ajaib untuk lebih 70 jenis penyakit.

Hanya kira-kira 20 tahun lalu, saintis dan penyelidik mendapati, darah tali pusat mengandungi banyak sel dan satu daripadanya sel stem. Pada 1988, sekumpulan ahli perubatan Perancis berjaya melakukan pemindahan sel stem bagi pesakit Fanconi Anemia.

Di Malaysia, sejarah tercatat sekitar 1997 apabila Hospital Universiti (ketika itu) melakukan pemindahan sel stem darah tali pusat kepada seorang kanak-kanak pesakit talasemia major. Sel stem berkenaan didermakan adiknya yang baru dilahirkan.

Bagaimanapun sejarah itu tidak banyak kesannya kepada penduduk Malaysia secara keseluruhan. Dalam satu kajian rambang di kalangan penduduk Lembah Klang baru-baru ini, hanya 42 peratus responden tahu mengenai darah tali pusat. Jika dibandingkan dengan negara luar, Malaysia sebenarnya agak ketinggalan dari segi kesedaran dan kemudahan penyimpanan darah tali pusat.

Selain Pusat Darah Negara yang menubuhkan Bank Darah Tali Pusat pada 2002, yang menyimpan darah tali pusat untuk kegunaan awam; hanya ada dua bank darah swasta menawarkan perkhidmatan ini. Satu daripadanya StemLife Bhd yang sudah beroperasi sejak empat tahun lalu.

Pengarah Operasi StemLife Bhd, Zahrein Redza, berkata sehingga ini walaupun mereka memiliki 6,000 pelanggan, kebanyakan mereka bukan Bumiputera.

?esedaran Bumiputera untuk menyimpan darah tali pusat bayi masih rendah. Mungkin maklumat tidak sampai atau mereka tidak tahu keajaiban darah tali pusat kerana jika diambil kira dari segi kos, menyimpan darah tali pusat hanya berharga RM250 setahun, katanya.

Dari segi perubatan, tubuh manusia memiliki 200 jenis sel seperti sel hati, sel lemak, sel saraf dan sel kulit, tetapi setiap sel ini bersifat tersendiri. Sel kulit tidak boleh menjadi sel hati begitu juga sebaliknya.

Sel stem adalah sel kosong. Ia memiliki keupayaan untuk terbahagi dan menghasilkan lebih banyak sel kosong dan merangsang pembentukan sel-sel lain seperti sel darah merah dan sel darah putih. Keupayaan itu menjadikannya sangat istimewa.

Sel stem dewasa berbeza dengan sel stem bayi. Sel stem matang bersama usia justeru menyimpannya dengan teknik yang betul, mampu mengelakkannya matang dan berupaya menyelamatkan bayi atau ahli keluarganya di masa hadapan.

Dari mana datangnya sel stem embrio? Manusia memulakan kehidupan sebagai sel tunggal yang dikenali sebagai zigot. Sel ini boleh terbahagi dan membentuk dua sel. Dalam tempoh lima hari, pembentukan ?lastocyst? terjadi. ?lastocyst? lebih kecil daripada pasir dan mengandungi dua sel, ?rophoblast? dan ?nner cell mass?. Sel stem embrio adalah sel yang membentuk ?nner cell mass?.

Apa perlunya menyimpan darah tali pusat? Lebih 70 jenis penyakit berpotensi dirawat menggunakan darah tali pusat. Antaranya barah darah, penyakit jantung, kecederaan saraf tunjang, parkinson dan jumlah itu bertambah dari saban tahun.

Zahrein berkata, di Malaysia penyakit talasemia major semakin meningkat. Malah dianggarkan 4.5 peratus penduduk Malaysia adalah pembawa.

?eperluan pemindahan darah sangat mendesak untuk pesakit talasemia major. Tetapi mungkin mereka akan bertemu penawar yang mujarab jika pesakit atau ahli keluarga terdekatnya ada menyimpan darah tali pusat,? katanya.

Darah tali pusat yang disimpan tiada tarikh luput. Selagi teknik penyelenggaraannya betul (disimpan dalam nitrogen cair dengan suhu beku - 196 darjah selsius) ia sentiasa berupaya menjadi penawar kepada bayi. Jika mungkin bukan bayi itu yang memerlukannya, ayah, ibu atau adik beradik kandungnya yang berhadapan dengan penyakit kritikal masih boleh mengambil manfaat.

Begitupun, keberkesanan darah tali pusat terhadap saudara jauh atau individu di luar keluarga berkenaan bergantung kepada keadaan penyakit yang dihidapinya. Darah tali pusat yang datang dari bayi yang berhadapan dengan penyakit tertentu seperti sindrom down hanya boleh digunakan terhadapnya saja.

Keberkesanan pemindahan darah tali pusat juga bergantung pada ?eserasian? penderma-penerima, jumlah sel stem yang ada dalam darah tali pusat dan tahap penyakit yang dihidapi seseorang.

Zahrein berkata, di StemLife kos penyimpanan darah tali pusat pada kadar RM2,500 untuk proses pendaftaran, ujian, pemprosesan dan penyelenggaraan manakala RM250 untuk tahun kedua dan seterusnya. Jumlah itu katanya, lebih murah jika dihitung dengan harga segelas teh tarik yang dinikmati rakyat Malaysia saban pagi.

Jenis Sel Stem

a) Sel stem totipotent boleh menjadi apa saja jenis sel dalam tubuh termasuk placenta.

b) Sel stem pluripotent - terhasil dalam tempoh empat hari selepas proses penyuburan boleh menjadi apa saja jenis sel termasuk sel stem totipotent dan sel placenta.

c) Sel stem multipotent warisan daripada sel setm pluripotent dan sel lain dalam tisu.

d) Sel progenitor boleh menghasilkan satu jenis sel.

Penyakit yang boleh dirawat menggunakan sel stem

* Barah darah
* Penyakit darah (talasemia)
* Penyakit metabolik
* Keimunan
* Jantung
* Diabetes
* Parkinson

Mengapa perlu menyimpan sel darah tali pusat anak anda?

* Ia adalah aset biologi yang berpotensi menyelamatkan nyawa bayi atau ahli keluarga.

* Proses pengumpulan darah tali pusat tidak invasif, tidak menyakitkan dan tiada risiko pada ibu dan bayi

* Berbanding sel stem daripada sum-sum tulang dewasa, sel stem darah tali pusat lebih mudah diterima badan dan mempunyai risiko penolakan yang rendah

INFO:

Jika dibandingkan dengan pengambilan sel stem tulang sum-sum, proses pengambilan darah tali pusat tidak menyakitkan dan tiada risiko untuk bayi dan ibu. Ia hanya memakan masa lima minit selepas bayi dilahirkan.

Sel stem darah tali pusat tidak memiliki tarikh luput, boleh diwarisi asalkan disimpan dengan teknik yang betul. Ia lebih bagus daripada sel stem tulang sum-sum kerana tidak terdedah pada kuman (kerana diambil sebaik saja bayi dilahirkan) berbanding sel stem tulang sum-sum.

Jika anda ingin menderma sel stem darah tali pusat bayi anda, sila berhubung dengan Pusat Darah Negara. Sekiranya ingin menyimpannya untuk kegunaan peribadi ada dua bank swasta yang boleh anda hubungi.

love,
Mummy Al Farissi