Thursday, July 19, 2012

Bercerai Susu/ Menyapih susu (Weaning off)




Kesimpulannya bukan senang nak cerai bf dengan Idd Al Farissi..sangat-sangat mencabar emosi, fizikal n spiritual..dengan dekat 2minggu kitorang tak bleh tidur coz Idd mengamuk takle nak bf..tapi tanggal 13 Julai 2012, genaplah Idd 2 tahun..maka dengan itu tamatlah tempoh tanggungjawab saya nak menyusukan Idd..Syukur Alhamdulillah..dapat juga menunaikan fardhu sebagai seorang ibu memberi susu sampai 2 tahun..masa Iman dulu susu badan sampai umur 1 tahun 2 bulan je..lepas tu pregnant Idd, secara automatik Iman tak nak bf..masa tu sedih sangat..sebab tak dapat nak bagi Iman susu bf secara full..



Teringat masa anak sulung bukan senang nak start fully breast feeding kat anak..dahla kurang pengetahuan and takde kawan nak kongsi pengalaman..semuanya atas usaha inisiatif saya sendiri kumpul maklumat..3 bulan saya merana tak reti bagi susu dengan betul kat Iman..tapi bile nurse datang..pandai pulak Iman ni menyusu..sekarang bila nak bercerai susu pun satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan..so pada ibu2 muda di luar sana kena tanam keyakinan dalam diri yang kuat dan jangan cepat putus asa..tipsnya..kena fikir dan ingat ini adalah tanggungjawab fardhu kita sebagai seorang ibu..Lagipun saya ada terjumpa surah Al Quran 

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu. Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya” (Al-Baqarah : 233)

so fikir-fikirkan dan selamat beramal ye!


Bagaimana saya memberhentikan susu anak?

Masa mula-mula dulu beria buat research camna nak ceraikan susu dengan Idd..dahla mamat ni tak suka susu botol langsung susah juga dibuatnya..ada sesetengah orang kata amik masa 2,3 bulan..tapi bagi saya, amik masa dalam 2 mingguje (tapi penuh sengsara tak tidur malam and paksa Idd minum susu botol)..last-last Idd mengalah juga sebab masa tu breast saya dah luka sampai kene letak ubat sepanjang masa,,,so Idd takdelah peluang sangat..before this kite letak minyak gamat selumber land gak la dia hisapkan...sabar jela..

Antara banyak-banyak blog yang saya baca..saya paling suka tips yang diberikan oleh wawa kat blog sini. Tips yang diberikan sangat menarik n mudah diikuti..saya copy paste je malas nak buat rumusan..



1. Kurangkan penyusuan. Setiap kali anak ingin menyusu, cuba alihkan perhatian kepada perkara lain terlebih dahulu. Mungkin beri mainan, atau bacakan buku atau apa sahaja yang Wana boleh lakukan.
2. Jangan tawarkan susu, tetapi jangan tolak jika dia mahu menyusu. Eh, sudah berlawan pula dengan item no. 1 tadi? Kadang-kadang, ibu secara tidak sedar akan menawarkan susu. Hal ini boleh dikawal kerana ia bergantung kepada ibu terutamanya ibu yang berazam untuk menceraikan susu. Namun, sekiranya anak meminta untuk menyusu, cuba lakukan langkah 1 dahulu dan jika tidak berjaya barulah boleh menyusukan anak itu.
3. Kurangkan waktu penyusuan secara berperingkat. Mungkin anda boleh mulakan dengan kurangkan penyusuan pada waktu siang. Sibukkan anak Wana dengan bermain supaya dia leka (langkah 1). Secara berperingkat, lanjutkan pula kepada waktu malam. Anak pada usia 3 tahun sudah boleh faham arahan dan penjelasan. Maka kita bolehlah jelaskan padanya waktu-waktu yang dibenarkan untuk menyusu direct.
4. Pakai pakaian yang sukar untuk menyusukan anak. Jika anda sering pakai nursing bra, mungkin anda boleh mula menggunakan bra biasa. Saya pula mula memakai Abaya (jubah) yang tidak berbutang dihadapan dan tunjukkan kepada Sawda betapa sukar dan tidak sesuai untuk dia menyusu jika saya memakai Abaya sebegitu. Jadi jika di luar rumah, tidaklah dia minta untuk menyusu.
5. Jika Wana ada spot menyusu dirumah, elakkan untuk duduk di tempat itu. Contohnya dirumah Wana sering menyusu disatu kerusi/sofa tertentu. Mungkin Wana boleh beralih tempat duduk. Jika Wana sering menyusu ketika baring, kurangkan berbaring (susahnya kan sebab kita pun mahukan rehat juga). Tapi ini semua hanya sementara sahaja.
6. Cuba gunakan teknik Sichida. Bercakap dengan anak pada waktu anak tidur. Apabila anak baru lelap/tidur atau tidur=tidur ayam, Wana boleh bisikkan ditelinganya dan beritahu perkara-perkara yang Wana harap dia buat. Ia boleh juga digunakan untuk anak-anak yang lain bagi perkara-perkara yang lain juga. Biasanya perkara yang dibisikkan pada waktu ini akan kekal dalam ingatan anak-anak.
7. Doa banyak-banyak dan mohon pada Allah swt supaya dipermudahkan urusan menceraikan susu pada anak. Doa senjata orang Islam yang paling kuat, dan Allah swt sangat suka pada hambaNya yang berdoa. Jadi Allah swt sahaja yang boleh bantu kita disaat kita rasa tidak berdaya dan berupaya.
8. Teknik meletakkan sesuatu pada badan ibu, seperti kopi, sos, dan sebagainya boleh berjaya pada sesetengah anak terutama anak yang lebih kecil, tetapi seorang rakan memberi saya tips untuk menyapu sedikit buat tunjuk langit (saya pun tak tahu bagaimana rupa asalnya kerana yang diberikan kepada saya hanyalah kepingan kecil sahaja). Sewaktu saya cuba, memang Sawda tidak mahu langsung menyusu. Agaknya rasanya payau dan kelat, saya pun tidak pasti kerana tidak berani rasa. Tetapi seperti yang saya maklumkan pada awal entri ini, saya belum bersedia, jadi esoknya saya tidak sapukan lagi buah ini. Kebetulan pula Sawda pun demam. Maka, tidaklah jadi bercerai susu.



so bagi ibu-ibu di luar sana bolelah cuba tips ini!


love,
Mummy Al Farissi

1 comment:

  1. Alhamdulilah saya senang betul bercerai susu dengan anak dulu. bagitau je dia, dia merengek sesikit pastu dah tak heran dah

    ReplyDelete