Wednesday, April 18, 2012

benda yang anda tak akan jangkakan selepas bersalin

macam poyo je makcik ni nak bagi tips..padahal anak baru satuje..supervisor suruh writing paper ko gi writing kat blog ye..dasar tak sedar diri sungguh saya ini..takpelah..saja nak kongsi information dengan kawan-kawan especially yang baru nak menimang cahaya mata
  1. Masa tidur yang singkat-sila buat giliran shift bersama suami anda ye!
Bagi yang first time ada baby..lepas ada anak memang kurangla harapan nak tidur dengan lena..so amik peluang masa pregnant tu tidur puas-puas k..Bagi saya solution terbaik buat giliran shift dengan suami untuk masa berjaga (coz tamak tak nak berpisah tidur dengan suami dan juaga baby)..bagi yang breast feeding..time ni boleh practise untuk start bagi baby susu perahan kita..lagipun suami kenala ambil bahagian dalam menjaga baby ni kan..give and take tu kena ada..

   2. Mandi wiladah

 Mandi kerana wiladah dan nifas adalah dua perkara yang berbeza.

  •  Mandi wiladah ialah mandi selepas melahirkan anak samaada keluar darah atau pun tidak.
  • Mandi nifas adalah mandi wajib setelah darah nifas kering (habis) tempohnya paling sedikit ialah satu lahzah (setitik) dan paling maksima ialah 60 hari.


Kedua-duanya adalah antara sebab-sebab yang mewajibkan seseorang itu mandi wajib iaitu mengangkat hadas besar.

Hukum bagi seseorang wanita itu tidak mandi wiladah adalah berdosa sekiranya ia mengetahui dan tidak berdosa jika sebaliknya.


Bukan semua wanita apabila melahirkan anak akan keluar nifas. Ada yang keluar nifas, setelah 2 atau 3 hari selepas melahirkan anak. Maka apabila, seseorang wanita, merasai tidak ada sebarang darah yang keluar mengiringi bayi yang dilahirkan, dia mesti bangun dan mandi wajib untuk mengerjakan solat. Walaupun masih lemah, makadia boleh mengerjakan solat secara duduk sahaja, mengikut keupayaan diri ketika itu. Ini termasuk wanita yang melahirkan anak secara pembedahan caeserian. sekiranya selepas 2, 3 hari nifas keluar maka berhenti lah dia solat, sehingga nifasnya kering semula untuk mandi wajib sekali lagi. 


Niat mandi wiladah : " Sahaja aku mandi wajib wiladah kerana Allah Taala"


3.  Badan yang still gemuk

Hahaha..yang ni memang tak boleh buat apala..so amalkan berpantang selama 44 hari dan disiplinkan diri memakai bengkung..Memang tempoh berpantang adalah tempoh yang paling bosan!so amik peluang masa ni la kita nak kembalikan bentuk badan yang langsing..kasi surprise kat office mate betapa langsing dan tiada lagi kembang2 sana sini..menyusukan badan juga membakar lemak anda secara berganda..tapi make sure jaga pemakanan iaitu makan secara kerap sebab bila menyusukan anak kita mudah lapar.

4. Sembelit

Yang ni memang tak boleh nak elak especially bagi ibu yang melahirkan anak secara normal..seriau dibuatnya..tips dari mama yang saya amalkan..setiap kali sebelum makan saya akan makan sebiji oren/pisang sebelum makan serta segelas jus oren selepas makan untuk menghasilkan najis yang lembut...Bagi diri saya..ianya terbukti berkesan dan saya tak mengalami masalah sembelit selepas bersalin

p/s: Entry ni sangat lama tak di post so dah tak berapa ingat tips lain hee!

love,

Mummy al farissi

2 comments:

  1. hahaha..tu gedebab namanye..pki baju kurung ok lg..depan suami malu dong!

    ReplyDelete