Wednesday, January 4, 2012

excited news:: Pendaftaran Haji melalui KWSP

Seperti sedia maklum..azam tahun ni at least nak start balik simpan duit untuk menunaikan haji dan sekaligus perkara pertama yang harus dibuat adalah daftar dengan tabung haji..Berita terbaru, boleh guna KWSP akaun 1 untuk pendaftaran Haji..seronoknya!!! ni info dari laman web KWSP:


Pendaftaran Haji Ahli KWSP

Inisiatif  Pendaftaran Haji Ahli KWSP merupakan satu kemudahan yang membolehkan seseorang ahli yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji (LTH) tanpa perlu mendepositkan simpanan sebanyak RM1,300.00 dalam akaun Tabung Haji.

Kemudahan ini tidak melibatkan pengeluaran wang simpanan KWSP.


Syarat-syarat Kelayakan

Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:

a.    Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
b.    Beragama Islam
c.    Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
d.    Belum mencapai umur 55 tahun
e.    Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji

Kemudahan pendaftaran haji ini hanya dibenarkan kepada individu atau ahli KWSP berkenaan sahaja.

Ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi sebelum ini dan wang pendaftaran haji RM1,300.00 sebelum ini dicairkan.


Kaedah Pelaksanaan

Ahli boleh mendaftar haji di bawah Pendaftaran Haji Ahli KWSP dengan hadir sendiri di mana-mana cawangan LTH, Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP. Proses pendaftaran haji adalah mengikut prosedur semasa LTH.

Nota: Penyata KWSP boleh diperolehi melalui i-Akaunkioskaunter atau penyata tahunan yang dihantar melalui mel. 


Tarikh Kuatkuasa 

Kemudahan ini berkuatkuasa mulai 3 Januari 2012.


Rujukan dan Pertanyaan 

Sila klik di sini untuk melihat Soalan-soalan Lazim berkaitan kemudahan ini.

Pertanyaan lanjut juga boleh disalurkan ke:

a.    Maklum balas online melalui Enquiry
b.    Pusat Pengurusan Panggilan KWSP di talian 03-89226000
c.    Mana-mana Pejabat KWSP

Tabung Haji Contact Centre
Tel: 03 – 6207 1919
Laman Web: www.tabunghaji.gov.my






LABAIKALLAH!!

p/s: Tak sabarnya nak pegi menunaikan Haji!!!

love,
mummy al farissi

No comments:

Post a Comment