Sunday, August 29, 2010

rawatan kembung perut~For babies only!

bayi anda kerap menangis?

dah bagi susu pun still nangis?

dah sendawakan pun still nangis?

dah letak minyak yuyi pun still nangis?

perut kembung dan kaki menendang-nendang?

jawapannya sebab bayi anda perlukan bantuan untuk membuang air besar..tips ni mama yang bagi..dari iman agi dah praktikkan amalan ni..bila salin pampers iman pasti akan tekan kaki baby ke perut untuk membantu mengeluarkan angin..jawapannya..bayi kurang meragam n jarang kembung..baby pulak akan tersenyum gembira coz dapat keluarkan semua angin dan perut pun selesa..tapi after that saya tetap letak minyak yuyi kat perut, belakang betis n tapak kaki bagi menambahkan keselesaan bayi..

jangan lupa pastikan pampers baby tu tutup..kalau tak memancut lak najis-najis yang tak diingini..hehehe~

tengok..sampai kembang-kembang hidung idd meneran..



love,
ilyia.faizol.iman & idd al farissi

memikat hati suami melalui perut- Ketupat Sotong

haih~

demi kasih sayang tak terbelah bagi terhadap suami..belajar jugakla cara camna nak buat ketupat sotong ni..asal bulan puasa je pasti nak makan bende ni..memang takde jual la kat bazar ramadan mende ni..nampak cam complicated nak buat ketupat ni..tapi rupenya senang la jugak (sebab buat secara mengelat..hehehe~)..selamat sayapon suke makan mende ni..kalau tak agi malas la nak cuba buat..

bahan-bahanya mudah je..anda perlukan:


  1. Beras pulut
  2. santan pekat
  3. halba
  4. garam dan gula secukup rasa
  5. bawang merah dan halia dimayang
  6. of course sotong!
  7. lidi
saya buat secara mengelat dimana saya menanak dahulu pulut kemudian baru disumbatkan kedalam sotong tersebut..sebab takut pulut tak masak, sotong lak dah keras or pecah..kemudian barula cucuk dengan lidi untuk tutup..habisla orang2 pantai timur marah memandai mandai je tukar cara..sepatutnya beras pulut tu dimasukkan separuh dan di tanak bersama kuah tadi..

cara nak buat kuah pun senang aje..masukkan santan pekat, bawang &halia yang dimayang dan halba..kacau sehingga pecah minyak dan masukkan sotong yang disumbatkan pulut tadi kedalam masakkan..masukkan garam dan gula secukup rasa..haip!no MSG ok..memang polisi masakan saya tiada MSG or Maggi Secukup rasa or apa2 yang seangkatan dengannya didalam masakan..

pastikan jangan masak lama-lama..nanti pecah pulak sotong tadi (berdasarkan pengalaman mentah saya)..sotong dah masak bolehla tutup api dan hidangkan..memang sedap..hahaha..bila pk balik cara masakan ni cam cara masak Ela & Eli dalam rancangan Along masa zamn kecik2 dulu..

inilah hasil tak seberapa tapi sedap tu!

ketupat sotong





love,
ilyia.faizol.iman & idd al farissi



Kenapa?kenapa?bayi ini tidak berdosa...

pics from jidin giding facebook



Ya Allah..kenapala diorang ni sungguh tergamak nak buang bayi yang sangat comel dan sihat ni camtu je..sedey sangat pagi ni tengok gambar bayi yang dibuang kat sekyen 13 shah alam..terbayang-bayang bayi ni mesti nangis mahukan pelukan hangat ibu nya..mesti dia tertanya-tanya nape ibu dia buat die camtu..nape tinggalkan dia..

ni sebab aku terbayang-bayang suara idd nak orang amik dia..nak mummy dia susukan die sampai terketar-ketarla walaupun lambat sekejap...terbayang-bayang baby ni nak susu ibu dia..nak dipeluk-peluk..

bayi ni dahla comel..sihat lak tu..harap ada orang sudi memberi kasih sayang sepenuhnya kat dia..ikutkan hati nak je amik n peluk-peluk n cium2 baby ni..kalau boleh nak je bela..tapi sedar..tak mampu dari segi macam-macam..hanya mampu doakan semoga baby ni akan dijaga oleh seseorang yang lebih menghargainya..

lepas tu terpikir lak masa depan baby ni..bila dia dah besar nanti..pandangan masyarakat kat diri dia..dia tak minta pun dilahirkan begitu...harap2 pada masa akan datang janganla orang memandang serong kat anak2 terbuang ni..bantu dan bimbingla mereka..kalau dia buat jahat jangan salahkan keturunan nya sebab tiada siapa yang nak bimbing diorang kearah kebaikan..dah la mereka kekurangan kasih sayang ibubapa..pasti daam jiwa mereka memberontak..janganla salahkan mereka atas kesalahan yang mereka tak lakukan..janganlah sisihkan mereka..hope pada masa akan datang, persepsi masyarakat akan berubah,,jangan hina atau sisihkan diorang ni..coz diorang berhak hidup bahagia dan diterima oleh orang sekeliling..










p/s: tak dapat bayangkan wajah-wajah ini kekurangan kasih sayang ibubapa..






love,
 ilyia.faizol.iman & idd al farissi

Monday, August 9, 2010

My Tiny Little Heaven



setelah bertungkus lumus memikirkan camna nak buat bilik saya yang kecil sekangkang kera tu muat untuk kami anak beranak tidur..akhirnya berjaya gak mengubahsuai menjadi syurga kecil buat kami..so Iman, mummy dah penat bodek papa beli air cond..so Iman dah takyah tidur bilik mama agi k..Finally bilik kami sudah berjaya di aircondkan..

Ingat nak beli yang model Panasonic with Inverter (katanya energy saving) tapi setelah diexplain oleh apek tu kami pilih jenama Carrier..ingatkan jenama ni cikai je tapi rupenya dah jadi otai air cond coz ada kolabrasi dgn jenama Toshiba..York pun dah tak bape ok..rupenya air cond yang ada inverter ni energy saving hanya setelah 5 jam on baru dia start save and servis aircond dalam RM 2++ coz guna gas lain..compara dengan Carrier which energy saving boleh cecah 60% and servis pada kadar yang biasa berjaya gak pujuk papa nye beli yang ni walaupun mahal sikit compare to long term nye usage..warranty dia pon agi lama dari air cond2 yang biase..

Ahad lepas seharian gak kami fikir camna nak ubahsuai bilik ni bagi muat barang2 and katil baby..al maklumla sapa2 yang kenal saya memang jenis yang banyak barang and tak reti nak buang barang..dan longgah dah harta karun bawah katil konon2 nak buang..tapihasilnya cuma 1 beg plastik sederhana besar je..

bdw..inilah hasil kami..we called it "Tiny Little Heaven"..sebab mmg kecikpun..nak cakap Rumahku Syurgaku..rumah pun tak siap agi..hehehe..

inilah space yang begitu kecil untuk anak..buat utk Idd..last2 Iman lak yang nak tido sini..takpela as long iman tdo with mummy

tiny little heaven for me


my fav spot!




love,
ilyia.faizol.al farissi

Wednesday, August 4, 2010

totally new experience~VBAC (Vaginal Birth after Caesarean)



salam..

hye..teruja gile nak share dengan korang semua experience bersalin normal ni..memang feeling abis..rase seperti wanita yang sebenar..iman dulu kena emergency caesar due to fetal distress..air ketuban dah lama sangat pecah masa tu..takpela dah takdir beliau lahir ikut tingkap..walaupon sebelum ni asyik risau risiko bersalin normal after caesar akhirnya just berserah kat Allah jela samada akan bersalin caesar or normal..as the day come..betul2 pada tarikh yang amat ditakuti  11 julai 2010 (wedding bestfriend i-Adila)..darah berketul2 dah start keluar..kitorang pun pergilah hospital PPUM..tapi doctor kata baru je tanda dah keluar so i pun mintak kat doctor nak gi kenduri kawen dulu..nanti akan menyerah diri kemudian..after balik kenduri sempat agi pegi umah wan dulu..kalau pegi awal2pon nanti asyik kena check kat bawahje bape cm dah buka kan..tak kuasala..agi sakit adalah..so esok pagi2 decide pegi HUKM lak sebab baru tau yang kat PPUM husband tak boleh masuk labor room..susahla camtu kalau pey takde nak mengharungi proses bersalin..

sempat amik gambar outdoor before gi bersalin









pictures courtesy from ikhlaswarisan.blogspot & pixelworks


pagi 12 july 2010, pergila serah diri kat HUKM..doc check baru 2cm bukak so berehatla kat wad sampai buka 4 cm and doc pecahkan water bag before masuk labor room....sakit contraction makin kuat after air ketuban dah pecah..nurse kata aku kembar air coz after pecahkan kat atas wheelchair still air keluar melimpah ruah...kalini kat labor room takdela berehat macam masa iman dulu..sebab tak ditemani oleh epidural...teringat masa nak bersalin iman..agi sakit coz kene induced 3 kali..kalini walaupun tak de epidural hanya ditemani oleh gas je..dah mitak dah kat doc tapi dia bgtau afer office hour takde epidural..bole plak aku termarah doc tu nape tak gtau awal2..terpisat2 lak dia kat situ..mmgla takdekan coz epidural tu kena pakar bius buatkan..tgh2 mlm cmni  manela ade..terpaksala aku mengharungi kesakitan tu sampailah baby keluar..


pukul 1.45 am..13 july 2010..bila baby keluar..hilang terus semua kesakitan yang dialami selama lebih kurang 6 jam..memang feel gila dapat meneran and pup..baby pun keluar..saat meneran pun kejap coz pey banyak menolong walaupun dia memberi inspirasi teran cam kene sembelit..dalam hati camne nak teran sebab tak pernah rasa sembelit tu camnakan..jahitan episotomy pun cuma 4 jahitan je..Alhamdulillah..syukur sangat...everything was normal..tak perlu nak bedah2..babypun sihat n normal..happy sangat sampai bagi kelepasan kat pey balik je after semua2 ni..sebab diapun penat gak kene terkam masa tengah conraction tu..teehee~

yes!berjaya melahirkan bayi lelaki ini secara normal..



after bersalin normal rasa mengantuk and lapar menguasai diri and the worst thing, aku takle nak kawal sakit luka jahitan dengan rasa nak kencing..berapa kali katil basah..bangun je tidur terus je basah with a lot of bleeding..bila mama datang..mama suh wut senaman kemut (Kegel)..so dapatla kawal sedikit sebanyak..and then mama suh mandi wiladah (mandi selepas bersalin)...selamat mama ingatkan..kalau tak terlupa la pulak kan..and then tengahari tu niena, ci and zaffan datang bukanje untuk menziarah tapi untuk wut photoshoot agi tu..poyos betul walaupun dalam hati berteriak kegembiraan..hehehe!



iman masih tak dapat terima kenyataan


haruslah dapat bunga setelah separuh mati kan..kan..kan..


before discharge dari HUKM...sempat jugak rini&family, pidah and tipah datang melawat..ucu n yasmin pun sempat gak datang..bersalin normal duk spital pun sekejap je..agipon bukannye best sgt duk spital..tidurpon sorang2..horrorje..


rini, alan, ammar, pdah n tpah

with ucu & yasmin

love, 
 ilyia.faizol.al farissi


-X.O.X.O-