Tuesday, February 16, 2016

Bali With Kids ::Day1::



Gigihkan Mummy Al Farissi ke hulu ke hilir bawak Al Farissians semua, pegi honeymoon pun mengangkut hehehe..Kali ni kitorang pergi Bali dengan kawan-kawan MRSM mummy, tapi diorang semua tak bawak anak-anak, mummy je insist nak bawa, tak sampai hati lagi nak tinggal, tunggu diorang dah tak comel and dah tak sedih nak tinggalkan hahaha ntah bila la tu kan..anyway family IF (Ilyia+Faizol) bertolak dulu awal sehari sebab we olls nak celebrate birthday papa kat Bali gittew! Mummy cerita thru gambar jela k!



Thank you Mama and Ayah tolong hantarkan kami


camnila kekdahnye papa with 3 kids nak kene handle hehehe while mummy pegi toilet sat

Muka happy naik Malindo Air..lepas ni kalau boleh memang tak nak naik Air Asia dah cuma Malindo takde makanan berat tapi kelebihan dia banyak lagi!! Free luggage paling penting, dapat snack percuma, ada free entertainment (kalau bole prepare ear phone sendiri takut abih stok), FA sangat mesra alam and tak kekwat cam AA, seat yang besar sikit and ruang kaki yang luas..memang puas hati sangat!


Iyad dah tak sabar nak explore Bali


Sampai je kat Bali lepas setel luggage semua macam biasa kami tunggu supir datang bawak kitorang pegi makan tempat best! Nak tau kami makan kat mana? memang sedap and environment sangat best!

TADAAAA! kitorang makan kat Bale Udang Mang Engkin kat Kuta Bali





 







 

Bestkan suasana makan kat sini..sambil tunggu makanan siap boleh layan anak-anak bagi ikan makan,  cuma memang cuak gak nak control kids sebab makan atas air kan dengan budak-budak yang sangat excited takut je terjun masuk kolam. Kitorang terlalu lapar sampai lupa nak snap gambar makanan so terpaksa amik gambar daripada Google


Ayam Kintamani ni paling menusuk kalbu and teringat-ingat sampai sekarang.. If pergi Bali of course akan datang makan kat sini lagi memang sedap!
Kitorang order ikan gurame kicap, memang jatuh cinta sangat dgn ikan talapia kat kat Indonesia ni kalau kat Malaysia takde maknanya nak amik ikan talapia kan..


Udang Madu pon memang sangat sedappppp!!




Saya kalau nak pergi bercuti luar negara memang akan study habisan la pasal everything sampai harga makanan pon study sebab nak buat budgetary n takdela terpinga-pinga nak order kan...sumber rujukan utama saya untuk study menu adalah thru zomato.com kat situ memang bole tau menu apa ada, harga makanan, waktu operasi and review makanan apa paling best! 

Lepas kenyang lunch kami nak pegi check in Hotel pulak and get ready nak pegi kejar sunset untuk celebrate birthday en Hubby!

 
enjoying our welcome drink at Hard Rock Hotel, saja pilih hotel ni sebab kolam dia sangat best untuk kids!


Lepas seel check in bagai, mandi and bersiap nak pergi Sunset Dinner untuk Birthday Hubby, kali ni saya buat surprise kat Rock Bar, Bali.. Hubby tatau pun apa yang menarik kat sana tapi sekali lagi memang best and happening sangat tempat ni..tapi kene beratur panjang ok untuk masuk restoran ni unless kita stay kat hotel sini baru bole dapat express lane..walaupon kene beratur panjang tapi next time tetap nak pegi sini jugak sebab suasana dia sangat best!


 


 


Gigih betul beratur panjang, nak pergi Rock Bar ni kene naik trail camtu last-last kitorg tengok sunset sambil beratur jela hehehe..bila dah malam tak dapat nak ambik gamba sangat , terpaksa amik gamba daripada google je

suasana live kat sana






Camnila cantiknya (courtesy pic from google)


Birthday boy happy sangat, gigih mummy study nak buat apa yang best birthday papa ni tau

Iyad dah moody sebab penat sangat!



Ok sambung Bali day 2 pulak k!



love,
Mummy Al Farissi

Bali with Kids :: Day 2::



Hari Kedua kat Bali pagi-pagi tu just enjoy mandi kat swimming pool kat HRC Bali layan anak-anak lepas tu jalan-jalan kat Kuta Beach Bali sebab depan tu je kan..memang tak cukup stay kat HRC ni semalaman je sebab banyak pool nak kene explore heee..pool depan bilik kitorang pon tak sempat nak berendam..masa book flight pegi Bali ingat Bali cam tak best sangat so stay dalam 4 hari 3 malam je..mana cukupppp kene stay seminggu kot baru cukup! Anyway meh tengok best ke tak HRC Bali ni..

Ada outdoor jakuzi yang banyak n macam-macam size

 
Slide supposely ada dua tapi time kitorang pergi cuma satu slide je bukak, okla kids pon enjoy (KPI tercapai!)



ada jugak gazebo untuk disewakan sambil lepak-lepak minum jus or air kelapa kan








 
Kene pow ais krim sampai tertinggal baby life jacket kesayangan iyad..sobs!

Then sesiapa yang tinggal kat sini akan dapat 2 keping gambar percuma


Review stay kat HRC ni sangat best in term of bilik pon best, kolam pon best, layanan pon best cuma yang tak best adalah breakfast sebab amat meragukan makanan halal nye heeee..kitorg just makan telur, roti and jus je..kat Bali ni memang susah nak cari makanan halal.


Lepas puas mandi kolam bawak kids mandi pantai pulak kat depan HRC Bali ni terletaknya Kuta Beach, takdela best sangat ala-ala pantai cherating je tapi pasir dia pon takdela best sangat, cuma dapat tengok orang main surfing..If nak belajar surfing pon boleh kat sini.. bdw antara yang berbaloi beli kat area Kuta Beach ni adalah baju swimming kids contohnya brand Quicksilver memang berbaloi beli!

 



 

  

Lepas puas mandi pantai layan diorang naik kuda jalan-jalan pusing Kuta town and lalu kat tempat yang kene bom dengan pengganas dulu.









Then balik hotel gelabah nak check out sebab nak ambik kawan-kawan kat airport yang bakal tiba untuk memulakan perjalanan menjelajah Bali!


Tempat first kamu singgah adalah Masjid Agung Ibn Batutah untuk solat



Lepas solat n makan kitorang pergi Pura Luhur Uluwatu, kat sini boleh tengok kecak dance time sunset..kitorang memang plan tanak tengok sangat aktiviti keagamaan diorang sebab dengan bawak kids kan..kang kena rasuk ke apa tak kose mak..kat sini okla cuma tempat ni kena berhati-hati sebab banyak sangat monyet yang suka ambil barang-barang pengunjung. Memang cuak giler, dahla suka ambil kasut budak and haritu di ambil nya Iphone orang tengah selfie bawak masuk hutan..tak ke nanges kalau jadi kat kita hehehehe

 


Kids dah bosan n tired







tak banyak sangat ambik gambar sebab kitorang dah terlalu penat heee

lepas ni nak pegi Padang-Padang beach pulak, tempat penggambaran filem Eat, Pray & Love lakonan Julia Roberts


 

Kesimpulannya pantai ni lebih cantik daripada Kuta Beach and air lagi jernih cuma nak kesini kene turun cerun tangga yang curam 



geng bapak-bapak



Lepas penat kitorang pon fefeeling nak makan seafood kat Jimbaran beach..pergh pack giler activity arini..semua bende nak rasa dalam masa yang singkat kan! kat sini bole makan seafood sambil tengok tarian tradisional Bali. Tips nak makan kat sini tak payah nak amik yang pakej sangat sebab mahal, ambik je ala carte.



Kitorang makan kat Jimbaran seafood restoran..takde la best sangat..bagitau supir nak makan kat Nyoman cafe tapi dia insist nak bawak kat sini..hantu punya supir, penat kita study makan kat mana yang best dia paksa gak datang sini dahla mahal n biasa je rasanya supir2 ni ada komisen kot bawak customer makan kat sini..



ok muka tak sabar nak balik villa with private swimming pool..part ni paling best tak sabar nak share!




love,
Mummy Al Farissi