Monday, January 28, 2013

Antenatal check up at demc

baru nak update pasal pregnancy saya yang ketiga..found out pregnant masa before ramadhan lagi..ramadhan memang KO abis..bole puasa sehari je!tatau nape pregnancy kalini sangat lembik n tak gagah cam dulu..di akhir-akhir pregnant ni lagila..rasa cam orang mengandung..baru faham perasaan nape orang pregnant jalan camtu..baru paham perasaan penat pregnant ni camne..dulu seriusly sangat tough n rase cam ada perut besar je..sekarang ni mampu berehat je..nak sidai baju pon tak larat..bdw..this time planning nak bersalin kat DEMC Shah Alam..before this, Iman n Idd bersalin kat HUKM..memandangkan HUKM sangat sesak try cari tempat yang comfortable nak bersalin dan iman n idd bole datang bila-bila masa je untuk tengok adik baru!


ada 2 palang disitu memang sahla pregnant!


This time planning bersalin kat sini..harap dipermudahkan segala urusan..Amin!


ha!kelas kau jah..nama pun dah O&G suite..memang  chillax lah tempat ni!



sampai je macam biasa..buat DIY ujian air kencing sendiri..so takde changing in color..hope takde masalah dgn UTI

Pegi je kat kaunter tu anda akan dilayan mesra..almaklumla berbayar..tapi seriusly harganye cam kita gi check up kat klinik swasta biasa..

lepas tu tunggu nombor dipanggil untuk temujanji dengan dr..kali ni saya di beri mandat untuk pilih dr..saya pilih of course dr pompuan..dr fairuz ashikin..memang sangat soft spoken (saya ni takut doktor..hee)

after dah jupe doctor..pegi bayar bil n ambik ubat n boleh balik..yeay!sangat hastle free!macam biasa selalu je dapat goodies bag..orang kata based on doctor tu nak bagi ape..biasenye dlm tu sampel susu..ok what..kaum pompuan mmg suka sampel percuma!



yang penting parking senang carik n ade buggy car setiap masa nak bawak ke kete..sgt customer friendly!

muke gembira ditiup angin sepoi2 bahasa..heee!





love,
Mummy Al Farissi

Tuesday, January 15, 2013

Sel stem Bayi




Teringin nak buat ni..cost pon quite ok..tapi mesti tugas sukar nak pujuk pey..chances 50-50..SUSAHNYA HIDUP TANPA PEKERJAAN TETAP!!

lebih best baca di blog ni part 1 & part 2

Masa iman dulu dah tau jugak pasal ni and teringin gak nak amik..tapi pey tanak coz masa tu cost nak besarkan anak pon berkira-kira..now anak ketiga rasa rugi lak tak amik..kalau jadi apa-apa kat iman & idd or kat kitorang daha ada back up..anyway..kita hanya mampu merancang..Allah yang menentukan segala-galanya..camnalah caranya nak educated kan golongan bapa ni..



from forum ratu hati.com
DARAH TALI PUSAT PENAWAR AJAIB

Berpotensi merawat lebih 70 jenis penyakit termasuk barah darah, penyakit jantung, kecederaan saraf tunjang dan parkinson

SECARA tradisi, tali pusat bayi yang baru dilahirkan akan diserahkan kepada bapa untuk dibasuh sebelum ditanam. Berdekad lamanya, tiada siapa mengetahui keistimewaan darah dari tali pusat dan keupayaannya sebagai penawar ajaib untuk lebih 70 jenis penyakit.

Hanya kira-kira 20 tahun lalu, saintis dan penyelidik mendapati, darah tali pusat mengandungi banyak sel dan satu daripadanya sel stem. Pada 1988, sekumpulan ahli perubatan Perancis berjaya melakukan pemindahan sel stem bagi pesakit Fanconi Anemia.

Di Malaysia, sejarah tercatat sekitar 1997 apabila Hospital Universiti (ketika itu) melakukan pemindahan sel stem darah tali pusat kepada seorang kanak-kanak pesakit talasemia major. Sel stem berkenaan didermakan adiknya yang baru dilahirkan.

Bagaimanapun sejarah itu tidak banyak kesannya kepada penduduk Malaysia secara keseluruhan. Dalam satu kajian rambang di kalangan penduduk Lembah Klang baru-baru ini, hanya 42 peratus responden tahu mengenai darah tali pusat. Jika dibandingkan dengan negara luar, Malaysia sebenarnya agak ketinggalan dari segi kesedaran dan kemudahan penyimpanan darah tali pusat.

Selain Pusat Darah Negara yang menubuhkan Bank Darah Tali Pusat pada 2002, yang menyimpan darah tali pusat untuk kegunaan awam; hanya ada dua bank darah swasta menawarkan perkhidmatan ini. Satu daripadanya StemLife Bhd yang sudah beroperasi sejak empat tahun lalu.

Pengarah Operasi StemLife Bhd, Zahrein Redza, berkata sehingga ini walaupun mereka memiliki 6,000 pelanggan, kebanyakan mereka bukan Bumiputera.

?esedaran Bumiputera untuk menyimpan darah tali pusat bayi masih rendah. Mungkin maklumat tidak sampai atau mereka tidak tahu keajaiban darah tali pusat kerana jika diambil kira dari segi kos, menyimpan darah tali pusat hanya berharga RM250 setahun, katanya.

Dari segi perubatan, tubuh manusia memiliki 200 jenis sel seperti sel hati, sel lemak, sel saraf dan sel kulit, tetapi setiap sel ini bersifat tersendiri. Sel kulit tidak boleh menjadi sel hati begitu juga sebaliknya.

Sel stem adalah sel kosong. Ia memiliki keupayaan untuk terbahagi dan menghasilkan lebih banyak sel kosong dan merangsang pembentukan sel-sel lain seperti sel darah merah dan sel darah putih. Keupayaan itu menjadikannya sangat istimewa.

Sel stem dewasa berbeza dengan sel stem bayi. Sel stem matang bersama usia justeru menyimpannya dengan teknik yang betul, mampu mengelakkannya matang dan berupaya menyelamatkan bayi atau ahli keluarganya di masa hadapan.

Dari mana datangnya sel stem embrio? Manusia memulakan kehidupan sebagai sel tunggal yang dikenali sebagai zigot. Sel ini boleh terbahagi dan membentuk dua sel. Dalam tempoh lima hari, pembentukan ?lastocyst? terjadi. ?lastocyst? lebih kecil daripada pasir dan mengandungi dua sel, ?rophoblast? dan ?nner cell mass?. Sel stem embrio adalah sel yang membentuk ?nner cell mass?.

Apa perlunya menyimpan darah tali pusat? Lebih 70 jenis penyakit berpotensi dirawat menggunakan darah tali pusat. Antaranya barah darah, penyakit jantung, kecederaan saraf tunjang, parkinson dan jumlah itu bertambah dari saban tahun.

Zahrein berkata, di Malaysia penyakit talasemia major semakin meningkat. Malah dianggarkan 4.5 peratus penduduk Malaysia adalah pembawa.

?eperluan pemindahan darah sangat mendesak untuk pesakit talasemia major. Tetapi mungkin mereka akan bertemu penawar yang mujarab jika pesakit atau ahli keluarga terdekatnya ada menyimpan darah tali pusat,? katanya.

Darah tali pusat yang disimpan tiada tarikh luput. Selagi teknik penyelenggaraannya betul (disimpan dalam nitrogen cair dengan suhu beku - 196 darjah selsius) ia sentiasa berupaya menjadi penawar kepada bayi. Jika mungkin bukan bayi itu yang memerlukannya, ayah, ibu atau adik beradik kandungnya yang berhadapan dengan penyakit kritikal masih boleh mengambil manfaat.

Begitupun, keberkesanan darah tali pusat terhadap saudara jauh atau individu di luar keluarga berkenaan bergantung kepada keadaan penyakit yang dihidapinya. Darah tali pusat yang datang dari bayi yang berhadapan dengan penyakit tertentu seperti sindrom down hanya boleh digunakan terhadapnya saja.

Keberkesanan pemindahan darah tali pusat juga bergantung pada ?eserasian? penderma-penerima, jumlah sel stem yang ada dalam darah tali pusat dan tahap penyakit yang dihidapi seseorang.

Zahrein berkata, di StemLife kos penyimpanan darah tali pusat pada kadar RM2,500 untuk proses pendaftaran, ujian, pemprosesan dan penyelenggaraan manakala RM250 untuk tahun kedua dan seterusnya. Jumlah itu katanya, lebih murah jika dihitung dengan harga segelas teh tarik yang dinikmati rakyat Malaysia saban pagi.

Jenis Sel Stem

a) Sel stem totipotent boleh menjadi apa saja jenis sel dalam tubuh termasuk placenta.

b) Sel stem pluripotent - terhasil dalam tempoh empat hari selepas proses penyuburan boleh menjadi apa saja jenis sel termasuk sel stem totipotent dan sel placenta.

c) Sel stem multipotent warisan daripada sel setm pluripotent dan sel lain dalam tisu.

d) Sel progenitor boleh menghasilkan satu jenis sel.

Penyakit yang boleh dirawat menggunakan sel stem

* Barah darah
* Penyakit darah (talasemia)
* Penyakit metabolik
* Keimunan
* Jantung
* Diabetes
* Parkinson

Mengapa perlu menyimpan sel darah tali pusat anak anda?

* Ia adalah aset biologi yang berpotensi menyelamatkan nyawa bayi atau ahli keluarga.

* Proses pengumpulan darah tali pusat tidak invasif, tidak menyakitkan dan tiada risiko pada ibu dan bayi

* Berbanding sel stem daripada sum-sum tulang dewasa, sel stem darah tali pusat lebih mudah diterima badan dan mempunyai risiko penolakan yang rendah

INFO:

Jika dibandingkan dengan pengambilan sel stem tulang sum-sum, proses pengambilan darah tali pusat tidak menyakitkan dan tiada risiko untuk bayi dan ibu. Ia hanya memakan masa lima minit selepas bayi dilahirkan.

Sel stem darah tali pusat tidak memiliki tarikh luput, boleh diwarisi asalkan disimpan dengan teknik yang betul. Ia lebih bagus daripada sel stem tulang sum-sum kerana tidak terdedah pada kuman (kerana diambil sebaik saja bayi dilahirkan) berbanding sel stem tulang sum-sum.

Jika anda ingin menderma sel stem darah tali pusat bayi anda, sila berhubung dengan Pusat Darah Negara. Sekiranya ingin menyimpannya untuk kegunaan peribadi ada dua bank swasta yang boleh anda hubungi.

love,
Mummy Al Farissi

Monday, January 14, 2013

I need to...


Badan sangat sakit..urat sangat keras...fikiran sangat weng...perasaan sangat letih...

what i need is...Badan sangat sakit..urat sangat keras...fikiran sangat weng...perasaan sangat letih...

what i need is...


relax and tunggu masa nak bersalin..


to be pamper..

or a getaways..

with my kids to enjoy our last moment before kelamkabut dengan adik baru..


saya perlukan cuti dan rehat!






love,
Mummy Al Farissi

Friday, January 4, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Tahun Baru 2013 datang lagi..seperti biasa blog dibiarkan bersesawang coz sooo busy with life commitent..kerja cam giler tapi gaji hari..takpela untuk gain knowledge kan..sekarang duk menghitung hari nak deliver dan juga viva for master..rasanya viva time berpantang nanti kot..suka je berpantang buat mende bukan2..dulu pantang 2 minggu dah pegi register master..ingat lagi siap masuk paper..cett!!hope tak bentan sudey...

Total post for last year hanyalah 33 posts saje..sangat tak baguskan?jangan kata blog..fb pon tak sempat nak bukak..2013 bakal menjadi tahun yang paling busy..antara mende yang perlu disetelkan:

  1. Iman n Idd start skool
  2. Dira's Wedding
  3. Giving birth to 3rd Baby
  4. Graduation Master
  5. Submit Proposal Phd
  6. Fikirkan nak teruskan kerja kat IPPH ke tak
  7. Prepare masuk rumah baru
  8. Nak bercuti...ye saya memang perlukan percutian tanpa gangguan kerja..stress tapi try to act cool!erh!!





love,
Mummy Al Farissi