Sunday, October 14, 2012

mencik..




still takde mood nak siapkan slide presentation to jogja..

sebab memang takde hati dan perasan pun nak pergi..kalau pergi tempat lain at least terubat gak hati bole berjalan..asyik fikir camnela iman idd ni nanti tinggal dengan papa..dah la asyik bergaduh je dengan papa..sabar jela..semalam dah membeli bekalan makanan ibu mengandung di sana..today nak buat checklist barang n esok nak pack barang..tapi hati gundah cukup ke 7 kg?pey dah bising apesal tak beli luggage n insurance..dah saya takde duit..mampu beli tiket je kok..sabar jela..

para ibu ade tips tak camne nak tinggalkan anak dengan ayah..setakat ni saya dah download all upin ipin episode supaya malam2 diorang tertidur tengok cite ni..any other idea..





love,
Mummy Al Farissi

Thursday, October 11, 2012




too exhausted...

dari last week sampai rumah almost 10pm o clock..iman n idd asyik merajuk and sensitif..belum campur buat perangai mengada (faktor nak dapat adik dan juga faktor mummy balik lambat nak balas dendam)...sorry sayang..mummy bz nak siapkan paper n poster presentation ke yogja...

yess...

i'm going to yogja...

tak semangat pun coz kene travel time pregnant..alone..takde sape nak urut malam2..nak facing perasaan berdebar n nervous depan audience luar..arggghhh!!!paper pon tak siap lagi..supposely nak siapkan by now tapi hati dan perasaan asyik memikirkan camnela nak tinggalkan iman n idd tersayang..4 hari 3 malam..3 malam without iman n idd??camne nak survive malam2 tanpa iman idd..sedeynye..dah biasa setiap malam menjadi rebutan para jejaka terhangat kat umah...dahla kene pegi Indonesia je..kalau London terubat gak feeling...heee...next step ok ilyia..pelan2 kayuh..

pregnancy dah masuk 23 weeks..saja tanak scan jantina coz nak rasa surprise camne..masa iman tak bole tahan kot keinginan nak tau gender ape..idd pon pura2 nak surprise tapi takle tahan gak..yang ketiga ni rasa normal dah..pregnant kali ni buat saya gemuk gile..berat badan cecah 63kg which equal to berat terakhir saya masa nak giving birth to iman n idd..pagi wajib breakfast..pukul 11am dah lapa..pukul 1 makan tengahari..pukul 4 dah lapar balik..makan malam pun wajib walaupun lewat..kalau dah sampai lewat malam pon still nak makan..cuma tengah malam takde rasa lapar tiba2..maybe terlalu penat menjalani kehidupan seharian..thanx to Pey yang selalu tolong bawak dinner naik atas n suapkan kami bertiga..mummy tak larat nak turun naik tangga...heee...

entry selanjutnya saya try uplod gamba event yang kami pergi sepanjang tak update any of entry..

now mode waiting for my viva vocce...bekerja keras sebelum cuti bersalin..betul..institut halal tak pernah benarkan saya berehat sepanjang kehamilan n even masa berpantang...time ni la dapat projek banyak nak kne handle..syukur..ada jugak rezeki buat beli barang baby..so kali ni ada suggestion tak nak bersalin mana?rasa nak bersalin kat DEMC..dah bagi quotation kat pey tapi beliau seakan2 kelu dengan sebutharga tersebut...hahahahaha!rasa tak sampai hati nak bersalin tempat berbayar mahal..tapi bila lagi nak mersakan..barang2 baby yang perlukan duit banyak semua masih dalam keadaan elok..just nak beli beberapa helai baju je kot..takpela kalini bersalin tempat best sikit..semoga segala urusan dipermudahkan Allah..amin!


love,
Mummy Al Farissi

Wednesday, September 12, 2012

Bersesawang lagi!!!

Hello dear..

Lama giler kot tak menulis..busy mengedit tesis dan bulan puasa sangat takde mood nak buat pape..malah email pon malas nak baca..Alhamdulillah setelah menempuhi onak ranjau n duri berjaya gak menyiapkan tesis dan dihantar ke graduate school..lepas ni nak tunggu viva and submit paper for publication..betul cakap ayah buat master kat UPM memang paling mencabar sekali..so bagi sape2 yang grad from master research memang saya tabik springla..dah paham skarang pahit jerih yang perlu dilalui utk mengeluarkan sebuah buku tesis yg penuh dengan ilmu...

Hati sangat lega skang..baru ada mood nak raya..hahahaha...too late kan??tahun ni gambar raya sikit sangat..amat takde mood nak beraya..

akan dipikirkan next post nak citer ape..Take care readers!!




love,
Mummy Al Farissi

Thursday, July 19, 2012

Bercerai Susu/ Menyapih susu (Weaning off)




Kesimpulannya bukan senang nak cerai bf dengan Idd Al Farissi..sangat-sangat mencabar emosi, fizikal n spiritual..dengan dekat 2minggu kitorang tak bleh tidur coz Idd mengamuk takle nak bf..tapi tanggal 13 Julai 2012, genaplah Idd 2 tahun..maka dengan itu tamatlah tempoh tanggungjawab saya nak menyusukan Idd..Syukur Alhamdulillah..dapat juga menunaikan fardhu sebagai seorang ibu memberi susu sampai 2 tahun..masa Iman dulu susu badan sampai umur 1 tahun 2 bulan je..lepas tu pregnant Idd, secara automatik Iman tak nak bf..masa tu sedih sangat..sebab tak dapat nak bagi Iman susu bf secara full..



Teringat masa anak sulung bukan senang nak start fully breast feeding kat anak..dahla kurang pengetahuan and takde kawan nak kongsi pengalaman..semuanya atas usaha inisiatif saya sendiri kumpul maklumat..3 bulan saya merana tak reti bagi susu dengan betul kat Iman..tapi bile nurse datang..pandai pulak Iman ni menyusu..sekarang bila nak bercerai susu pun satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan..so pada ibu2 muda di luar sana kena tanam keyakinan dalam diri yang kuat dan jangan cepat putus asa..tipsnya..kena fikir dan ingat ini adalah tanggungjawab fardhu kita sebagai seorang ibu..Lagipun saya ada terjumpa surah Al Quran 

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu. Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya” (Al-Baqarah : 233)

so fikir-fikirkan dan selamat beramal ye!


Bagaimana saya memberhentikan susu anak?

Masa mula-mula dulu beria buat research camna nak ceraikan susu dengan Idd..dahla mamat ni tak suka susu botol langsung susah juga dibuatnya..ada sesetengah orang kata amik masa 2,3 bulan..tapi bagi saya, amik masa dalam 2 mingguje (tapi penuh sengsara tak tidur malam and paksa Idd minum susu botol)..last-last Idd mengalah juga sebab masa tu breast saya dah luka sampai kene letak ubat sepanjang masa,,,so Idd takdelah peluang sangat..before this kite letak minyak gamat selumber land gak la dia hisapkan...sabar jela..

Antara banyak-banyak blog yang saya baca..saya paling suka tips yang diberikan oleh wawa kat blog sini. Tips yang diberikan sangat menarik n mudah diikuti..saya copy paste je malas nak buat rumusan..



1. Kurangkan penyusuan. Setiap kali anak ingin menyusu, cuba alihkan perhatian kepada perkara lain terlebih dahulu. Mungkin beri mainan, atau bacakan buku atau apa sahaja yang Wana boleh lakukan.
2. Jangan tawarkan susu, tetapi jangan tolak jika dia mahu menyusu. Eh, sudah berlawan pula dengan item no. 1 tadi? Kadang-kadang, ibu secara tidak sedar akan menawarkan susu. Hal ini boleh dikawal kerana ia bergantung kepada ibu terutamanya ibu yang berazam untuk menceraikan susu. Namun, sekiranya anak meminta untuk menyusu, cuba lakukan langkah 1 dahulu dan jika tidak berjaya barulah boleh menyusukan anak itu.
3. Kurangkan waktu penyusuan secara berperingkat. Mungkin anda boleh mulakan dengan kurangkan penyusuan pada waktu siang. Sibukkan anak Wana dengan bermain supaya dia leka (langkah 1). Secara berperingkat, lanjutkan pula kepada waktu malam. Anak pada usia 3 tahun sudah boleh faham arahan dan penjelasan. Maka kita bolehlah jelaskan padanya waktu-waktu yang dibenarkan untuk menyusu direct.
4. Pakai pakaian yang sukar untuk menyusukan anak. Jika anda sering pakai nursing bra, mungkin anda boleh mula menggunakan bra biasa. Saya pula mula memakai Abaya (jubah) yang tidak berbutang dihadapan dan tunjukkan kepada Sawda betapa sukar dan tidak sesuai untuk dia menyusu jika saya memakai Abaya sebegitu. Jadi jika di luar rumah, tidaklah dia minta untuk menyusu.
5. Jika Wana ada spot menyusu dirumah, elakkan untuk duduk di tempat itu. Contohnya dirumah Wana sering menyusu disatu kerusi/sofa tertentu. Mungkin Wana boleh beralih tempat duduk. Jika Wana sering menyusu ketika baring, kurangkan berbaring (susahnya kan sebab kita pun mahukan rehat juga). Tapi ini semua hanya sementara sahaja.
6. Cuba gunakan teknik Sichida. Bercakap dengan anak pada waktu anak tidur. Apabila anak baru lelap/tidur atau tidur=tidur ayam, Wana boleh bisikkan ditelinganya dan beritahu perkara-perkara yang Wana harap dia buat. Ia boleh juga digunakan untuk anak-anak yang lain bagi perkara-perkara yang lain juga. Biasanya perkara yang dibisikkan pada waktu ini akan kekal dalam ingatan anak-anak.
7. Doa banyak-banyak dan mohon pada Allah swt supaya dipermudahkan urusan menceraikan susu pada anak. Doa senjata orang Islam yang paling kuat, dan Allah swt sangat suka pada hambaNya yang berdoa. Jadi Allah swt sahaja yang boleh bantu kita disaat kita rasa tidak berdaya dan berupaya.
8. Teknik meletakkan sesuatu pada badan ibu, seperti kopi, sos, dan sebagainya boleh berjaya pada sesetengah anak terutama anak yang lebih kecil, tetapi seorang rakan memberi saya tips untuk menyapu sedikit buat tunjuk langit (saya pun tak tahu bagaimana rupa asalnya kerana yang diberikan kepada saya hanyalah kepingan kecil sahaja). Sewaktu saya cuba, memang Sawda tidak mahu langsung menyusu. Agaknya rasanya payau dan kelat, saya pun tidak pasti kerana tidak berani rasa. Tetapi seperti yang saya maklumkan pada awal entri ini, saya belum bersedia, jadi esoknya saya tidak sapukan lagi buah ini. Kebetulan pula Sawda pun demam. Maka, tidaklah jadi bercerai susu.



so bagi ibu-ibu di luar sana bolelah cuba tips ini!


love,
Mummy Al Farissi

Monday, July 2, 2012

Thesis stress




As for today I'm still not in the mood ti write up anything especially editing my theses..
sebabnya nak kena study all the detailing in law & nak kene study hadith and carik references related to muslim scholar..

to me this should be done since 2nd sem and SV keep on forcing me to do the law thingy which i memang dah beta kat SV since 1st sem i memang takle buat pasal law (except explained it generally)

sooooo stresssssss!!!!mencikkkk...nak muntah tengok tesis..takle ke submit je..malas nak layan karenah SV...sebab dia kita lagi lambat grad!!!


love,
Mummy Al Farissi

Sunday, June 24, 2012

Cameron Highland Trip: Day 1

Percutian ni pada cuti Tahun Baru Cina, finally kami berjaya kumpulkan semua adik beradik plus our faveret auntie join holiday kami..Dari percutian yang dirancang selama 2 hari 1 malam we all decided to extended another night in Cameron Highlands..Kami menyewa di Crown Imperial Court di Brincahng town, apartmentnya  yang sangat selesa, luas dan bersih kitorang tempah kat ibilik.com   sangat memuaskan hati dan value for money!!!

Kalini kami ajak ayah lalu jalan baru dari Simpang Pulai terus sampai Kg Raja, Cameron Highland...jalan baru dan tak perlu pening-pening  dan sempit-sempit macam kat jalan dari Tapah..

Sampai je kat Bharat Plantation apa lagi pekena teh la di tepi ladang teh..syiokkkk!! (Impian tercapai!!)

Below: Sessi Fotografi di Ladang Teh










Dalam pukul 3 kami bergegas ke Brinchang untuk check in. After loading semua barang kami semua bergerak menuju ke sessi penggambaran seterusnya Ye Olde Smoke House!





Tak boleh amik gambar sebenarnya..so pekerja dia suruh senyap2 supaya boss tak nampak..






Ok dah malam..siapkan anak-anak tidur dengan segala perlengkapan bagi mengelakkan sejuk..syoknya tidur sejuk-sejuk camni!!!


p/s: Jangan lupa bawa stoking kalau bermalam di CH. Takpun beli je kat pasar malam Brinchang murah jugak harga kat situ..

love,
Mummy al farissi

Cameron Highland Trip: Day 2


Hari Kedua kami bermula agak lewat..al maklumla tidur di suasana yang sejuk lagi nyaman..Nak mandi pun sekian hal jugak..First tempat yang di tuju of coursela Bharat Tea Plantation..Bak kata saya..tak sah kalau pegi Cameron kalau tak pegi sini ok!

Perkara wajib dilakukan..amik gambar kat ladang teh, minum fresh tea and of course barang wajib beli adalah teh kegemaran seisi keluarga kami iaitu teh perisa Strawberi & Grape..Tak payahla beli jenama lain coz memang tak sedap..ada yang pahit sangat ada yang payau..kalau nak teh strawberi or anggur yang sedap pastikan anda beli teh jenama Bharat..rasanya kat supermarket pun tak de kot teh berperisa ni..Rasanya cukup enak and mild je combination tea+strawberry/grape.. (Bayangkan minum petang anda disajikan dengan teh ni..Oh sangat seronok! kadang-kadang sampai sorokkan coz ayah suka sangat hidangkan tetamu teh ni..abihla stok kami..heee)

Bdw, enjoy our pictures!!!

Adik lelaki saya yang sorang ni kurang buat kemunculan..Namanya Qarnain! 

Saja nak tengok gamba kami dari belakang..heee

OK poyos!

Sungguh mencabar betul perjalanan kami mendaki puncak Bharat Tea Plantation coz banyak sangat nak kene pose..heee


Finally kami sampai kat atas! apa lagi..inilah masa untuk abdikan gambar kenangan di suasana nan indah ni..kat atas puncak ni ada Kilang pemprosesan teh so bagi sesapa yang parent suka buat percutian ala2 lawatan sambil belajar (macam ayah saya..tsk!) bolehla bawak anak2 tengok bagaimana teh yang telah di petik di proses..
Family potrait (as usual Iman memang suka join keluarga lain)
Pakcik Omar's Family

Ibu & Nasyirah

Mama's Sibling


Our Big Family!! (see..Iman takde gak)


Naqib & Mai








Cousin yang gedix!!

Kami lagi...


ok dah jom balik..cukuplah menggedix di atas itu!


Aduyai..nak turun pun?

Inilah akibat pergi time cuti perayaan..Bharat Tea Plantation punya jalan masih tak sistematik dahla sempit which is muat 1 keta..time camni please la buat mase turun or naik yang sistematik..


After penat meredah jammed kami pun makan tengahari kat apartment je...Almaklumla malam tadi dah beli macam2 sayur..harusla makan segera sayur2 fresh!Kelebihan sewa apartment kita tak perlu susah2 nak cari makanan dan kitorang pun tak suka makan kat luar..tapi jangan lupa bawa perkakas sendiri coz kite tatau sapa yang guna before this and untuk masak apakan..So berhati2 ok..aduhai terbayang Maggi yang letak pelbagai rencah sayuran dan cendawan yang sangat levish...


The next pit stop melawat pokok-pokok bunga dan kaktusla kan..walaupun hati ni malas nak keluar dah rasa nak tidur and berehat je kat katil...

Masih Gadis..


Mat & Semek Bunge!

Mesti kene lompat ye kat mana-mana pun


OK malas join aksi sedemikian


Berjaya pun buat L.O.V.E

Sebenarnya nak tunjuk betapa jem nya kalau nak pegi mana2 kat CH ni time cuti perayaan...



love,
Mummy Al Farissi

Cameron Highland Trip: Day 3




Wah!!!Sekejapnya dah hari ketiga..nak lama-lama lagi kat sini...pasti akan merindui suasana nyaman dan sayur-sayur yang fresh..Masa untuk pulang!

Pose dengan anak-anak!

Sebelum pulang kami melawat lagi kedai bunga Uncle Sam




 Sebelum balik kami singgah Tanah Rata..konon-konon nak Picnic Lunch la kat situ...


Sementara kaum Ibu masak kami menggedix dulu..(padahal lepas tu kene marah coz tak sedar diri kamu tu mak orang)

Family Potrait withou Iman again!

Berjaya tangkap budak ni tapi tengok protes tanak pandang camera!

Seronok sangat picnic kat sini..




Mengagih-agihkan lauk...

Mama siap boleh goreng sayur

Rajinnya anak mummy tolong kemas!

Siblings at Tanah Rata, Cameron Highland

  


Idd Al Farissi in Action!


Another success in our Family Portrait


Next pit stop kami singgah Bharat Tea Plantation kat Tanah Rata..nak beli stok teh stroberi and grape banyak2..

and..

amik gambar lagi..heee


Ayah kesayangan



Idd belajar buat Peace!

Goodbye Cameron!





love,
Mummy Al Farissi