games yang happening!tq to yasmin as organizer..
Saturday, July 10, 2021
iman red party
games yang happening!tq to yasmin as organizer..
Thursday, February 18, 2010
Why I Love February?
Kenapa saya suka bulan Februari..(cam iklan Petronas lak)..mesti korang ingat sebab Valentine's Day kan..kind of..tapi tak baik sambut Valentine kan..saya suka bulan Februari sebab ianya bulan kasih sayang..sebab bulan Februarila anniversary perkahwinan kami..Februari juga bulan menyambut kasih sayang kan..kat TV pon dok tayang cite2 romantik sampai takyah gi panggung wayang...Februari jugala anniversary kitorang couple masa zaman dulu2..tak sangka..dah 8 tahun kitorang berkenalan (nak cakap bercinta cam segan lak..)..tapi cam rasa still dalam proses mengenali each other especially after kahwin ni kita akan mengenali si dia with different perspective rite?
Anniversary tahun ni kitorang dapat sambut best sikit kat Anggun Boutique Hotel secara percuma (sebab makcik tak malu ni beria menjawab soalan untuk merebut hadiah percutian)..rezeki anak kedua..best gakla hotel tu..walaupon bercuti di tgh kota raya tapi tetap rasa seronok...hotel kat tgh bandar tapi bila masuk je cam dah lupa kita ada kat tgh bandar disebabkan kedamaian yang ada disana... So, pada sesapa orang luar KL yang nak hunnymun di KL bolehla menginap disini coz ianya terletak di bukit bintang (Shopping Heaven!)..orang kata hunnymoon tak payah bawak anak, tapi aku berdegil gak nak bawa iman sebab kang bila pergi hati tu asyik pikir ke dia..korang pepaham jela, makcik sorang ni amat berkira masa beliau dengan anaknya..this is some of pics where we celebrate our love..tak banyak sangat amik gambar..coz busy melayan karenah anak bujang sorang yang semakin manja.
disini Iman tidak memberi kerjasama yang baik..buat peel..nak makanpon dah tak nikmat..penat layan karenah dia..selamat ada icecream idaman kalbu disini..Pistachio Almond!yummy~makan tak hengat sampai dua mangkuk!
love,
ilyia.faizol.iman al farissi
Monday, January 25, 2010
isteri faizol radzi yang rajin
berdasarkan tajuk entry saya kali ni mempunyai maksud tersirat yang anda sendiri sedia maklum bahawa ianya adalah pujian ke atas diri sendiri..hehehe...tajuknya juga membawa maksud yang saya telah belajar memasak nasi lemak atas permintaan suami dan lamb chop+black pepper atas keinginan nafsu ibu yang sedang mengandung ini..kesian suami beliau, terpaksa membuat permintaan baru isteri beliau mahu memasak..nasihat saya:Jangan cari isteri seperti saya yea..huhuhu...bdw ni antara bukti yang saya telah menyiapkan hidangan tersebut dengan bantuan mama saya..nanti2 akan cuba membuatnya sendiri ye...
ok..inilah dia lamb chop with black pepper sauce yang saya buat tapi tukang grill, hubby i..i bz buat gravy!juz simple recipe..
mixed vege..kesian adik2 ku dipaksa mkn syrn yg byk..bgs what..dpt serap kolestrol kambing yg kita mkn td..percaye je adik2 i dgn kata2 kkk nya ini (food tech tak menjadi..teehee~)
love,
ilyia.faizol.iman al farissi
Friday, January 15, 2010
Announcement Babe!
wah....sudah lame gile saya tak bukak ini blog..rindu nak baca blog2 kalian sumer..tapi apakan daya..saya tiada masa setelah diwarning oleh supervisor supaya lebih fokus...sampai skang tak siap agi writing..kan bagus kalau writing research paper sesenang tulis kat blog ni (padahal tulis kat blog ni tak berapa bagus!)..baru tau i'm not good in writing, tapi dalam kepala otak ni macam2 mende idea nak diluahkan..tapi bile time nak tulis seolah2 kaku..same goes with this blog...idea nak tulis macam2...nak cite pasal iman semakin manja, red birthday party dia, balik kampung..iman will got new baby (oppss..dah annouce pulak eh..)..so the good news is..tahun ni kami akan beraya dengan baby baru..bestnye kan?harap kalian doakan kalini dapat baby girl..klu baby boy takpe gak..bole geng dgn iman..bcoz he seems so desperately need friend..sampai kadang2 dia main kawan je dengan budak yang sebaya and tak kenal plak tu..sori k semua sebab lama tak update..saya tau alasan busy tidak sesuai untuk digunakan..tapi itulah hakikatnya..sebab banyak habiskan masa dengan iman bila ada kat umah..sangat berharga masa bila bersam dengan dia, sampai bila nak buka internet pon rasa bersalh..ni pon curi2 masa dia tido and hubby pon tak balik keje..see u all next time k!
love,
ilyia.faizol.iman al farissi
Tuesday, September 1, 2009
confession of mummy iman al farissi ::iman=gegurl mode::
iye.. saya mengaku saya terlalu mahu anak perempuan…al maklumlah amat teruja untuk menghiaskan sang bayi yang bakal dilahirkan..bila scan nak tau jantina baby, iye saya termenitis air mata kerana doktor dengan happynya memberitahu saya bakal melahirkan bayi lelaki..oh!daddynya pon happy juga dan saya pula menitis air mata kerana sangkaan ku meleset sekali..walaupun begitu saya tetap menghiaskan katil bayi dan tetap jua membeli beberapa helai pakaian pink dengan harapan penaakulan Dr. itu salah..tapi apakan daya, ALlah telah menakdirkan bayi lelaki hadir di dalam hidupku ini..huhuhu..adi saya bangkit dan mempositifkan diri bahawa bayi lelaki ini suatu rahmat..no wonderla saya langsung tiada idea untuk menamakan bayi perempuan..rupanya bakal menimang bayi lelaki…tetapi hari ini saya AMAT-AMAT happy and gembira amat kerana kewujudan bayi yang bernama IMAN AL FARISSI…kerana dia begitu comel dan keletehnya yang amat mengihurkan kami sekeluarga..diala yang memberi harapan dan semangat untuk saya berjaya dan meneruskan kehidupanni…tetapi saya tetap tak boleh nafikan naluri inginkan bayi perempuan terutamanya tatkala melalui kedai2 yang menjual barangan bayi perempuan yang amat cute (barangan baby boy amatlah limited!)…ingin saja ku sarungkan iman skirt Burberry yang amat cantik atau memakaikannya baju kurung cotton corak bunga halus di pagi raya..tapi apakan daya, hanya mampu menyarungkan baju melayu yang tidak bercorak saja di pagi raya nanti…(kang kalau pakaikan baju melayu corak bunga halus sure marah dedi die..hehehhe)…so akhirnya iman menjadi mangsa aktiviti tak sehat mummy and makcik nya..
Antara hasil kerja gila mummy.. (sowie iman sayang!)
skirt ni jumpa masa ibu bagi baju wawa..terselit lak skirt ni..so juz try on him!alololo..tomei gak kn??kn??
iman menggayakan spec mummynya..
comelnhya ribbon polka dot iman..iman pon cam suka je..tanpa menyedari apa yang telah kami lakukan..
aiks!iman pakai shawl mummyla..tomelnyer..
ops!iman sudah marahla..maybe he hates pinky hat huh?
ciannya sampai tertido iman menghiburkan hati mummynya..
eh..cik kiah mana lak ni datang jual kain pasang kat umah saya ni???
p/s:harap2 iman janganlah membesar menjadi lelaki sotong ya!jadilah lelaki yang macho and hebat seperti daddy mu…(hihihihi..macho and hebat ke pey tu?)





