Monday, May 13, 2013

Being a temporary housewife

After giving birth to iyad.. i decided to take a long leave to fully utilized my moment with this little alfarissi and spend time with iman n idd..being a housewife the most bende paling malas is lipat baju n tiding up wardrobe..but when it comes to small wardrobe n arranging cute little things it seems like I enjoy it a lil bit..nothing much to say coz im not the person who can express a thing into words so i express it thru picca!



iyad's wardrobe..mase idd dulu ianya hanya 5 tier now dah tambah another 5 tier..iyad still beli baju baru n tambah pulak baju imanidd masa kecik2..hehehe

iyad's accessories in partition

iyad's baby coat bile ianya siap dikemas hahaha

diy hanging cloth wardrobe for iman idd..amik batang besi paip letak antara 2 almari..hehehe..dah tak muat almari n risau roboh..

IKEA rack ni dulu letak pinggan mangkuk transform jadi open wardrobe for iman idd..bouht another one  nak letak jeans n towel

Bila jadi housewife ni seronok petang2..lepak..minum kopi cicah biskut..bawa iyad for evening walk hirup udara segar..while abang main football kat padang..

sokmo sebuk nak tolak adik



Lepak kat kebun ayah..paling best kalau musim buah..boleh makan jambu or rambutan...

hahahaha..paksa bayi main slide..

iman dah macam ah long bukit beruntung


idd main football sorang2 coz dia terlalu kecik utk diterima oleh team football taman ni..sian idd..









bile jadi housewife n perkara seperti di dalam gambar di bawah harusla bertabah..worse case pernah berlaku bila diorang banjir kan bilik..memang i jadi mak tiri la time tu..




 enjoy being a mom while u can & spend as much time u have during their kiddy time!




love,
Mummy Al Farissi

Sunday, May 12, 2013

bila bayi batuk dan selsema

Bile bayi yang cenonet lagi comel batuk2 n tak boleh tidur malam..mesti parent sangat kesian tapi tatau nak buat camne..pegi klinik n amik ubat tapi kahak still ada..ini adalah tips yang telah saya lakukan dan ianya berkesan n iyad bole tidur tenang pada waktu malam (masa zaman iman idd this thing was never happened..so kira pengalaman baru) heee..saya melakukan teknik wap n tepuk bayi dan memang berkesan!kat air berwap tu bubuh beberapa titik minyak yuyi (sesetengah bayi tak tahan..iyad tahan) dengan saya2 pon rasa lebih lega..tapi kene berhati2 coz bayi suke bergerak2 n boleh membahayakan bayi tersebut.


Sebelum bagi baby wap air tu, ibu atau bapa try dulu k wap tu sama ada panas sangat or sesuai tak n kene ingat kulit bayi lagi lembut so kite kena bayangkan dia boleh tahan ke tak

Teknik pegang bayi semasa nak wapkan bayi. Pastikan pegang tangan dan kaki bayi


wapkan dalam 2-3 minit then berehat dan sambung semula k.. lepas tu buat fisioterapi teknik tepuk


 abang kesayangan idd la yang menjangkiti iyad dengan selsema..nak halang idd cium iyad pun payah kang dir merajuk..




Untuk maklumat lanjut:

SITI Farah Aini Jamaludin menunjukkan alat bantuan perubatan yang digunakan dalam kes mengeluarkan kahak daripada kerongkong bayi.
BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.

Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.

Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.

Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.

Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.

"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Pengalaman

Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.

"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.

"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.

"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.

"Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.

"Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut," katanya.

Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.

Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.

"Saya memang faham perasaan ibu yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.

"Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.

"Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya," ujar Siti Farah.



Sumber: Utusan Malaysia

Thursday, May 9, 2013

Sweet Pink candy buffet & registration Table for Dira & Mirul Wedding

Stress hokay customer I yang sorg ni..soo cerewet!! tapi I managed to made her dream come truela..nothing to say hust enjoy the piccas!!


banquet untuk kuih muih pon hias u olss




thanx makcik coz tolong jagakan counter candy buffet coz counter ni dibuka pukul 3pm keatas...


bride & groom cup cake topper




Registration table

konsep amik ape je barang yang ade kat umah pahtu hias!


each guest table i buatkan bride n groom stand..jenuh nak siapkan bende ni..tengss to adik2 yang banyak membantu..



love,
Mummy Al Farissi

Tuesday, March 19, 2013

Introducing our 3rd edition of Al Farissi

drum roll please....

let me introduce u our latest edition of al farissi brothers..(harapnye yang last la ye)

last minit pilih nama iyad al farissi after brainstorming with makcik aimi..mula2 papa nak letak nama ian al farissi tp cam tak kene lak..so, as iyad have a good meaning which is power or strength..

kesimpulannya : al farissi brothers are iman al farissi (knight of faith), idd al farissi ( knight of victory) & iyad al farissi (knight of strength)..

baby iyad senang dilahirkan coz die kecik je (2.74kg) mummy pon tak sempat nak push coz baby nak kua sgt dh..alhamdulillah!semoga iyad menjadi anak penyejuk hati mummy k!

kenangan masa mengandungkan iyad pon best coz takde morning sickness as previous baby pon takde gak..cume badan tak segagah dulu je..the most important thing masa pregnantkan iyad muke mummy jadi licin bak remaja..hilang semua jerawat n white heads yg terhasil masa tulis tesis..thanx baby darling!

lets enjoice iyad piccas!

























Wednesday, March 6, 2013

super sweet hubby

rutin harian pantang kali ni agak busy eventho imanidd dah pegi skool..sekejap je masa berlalu dah pukul 12..bile diorang bile balikje bertambah harubiru la rumah..masa dengan pey pun sangat singkat..pagi2 dah nak rush hantar imanidd gi skool n tak sempat pon nak breakfast sama2..balik kerja selalu lambat sbb jauhkan rumah dr ofis n dinner pon tak sama coz pey diet tanak dinner (kononla..)..setiap hari wassup pey sedey rasa cam takde life as hubby n wife coz masing2 sgt bz uruskan anak2..malam dah penat..takpe kami masih dalam proses adaptation..mesti ramai ingat kitorang duduk dengan parent so sedikit sebanyak senangla..we ols tak lepas tangan camtu je..dari diorang bgn tido,siapkn pegi skola..setelkan baby semua kitorang buat sendiri coz mama pon tak larat nak kayan karenah dorang n imanidd mmg nak mummy or papa je anything diorang buat..memang tak dinafikan..baby yang ketiga ni pey mmg involve byk sgt handle anak2 kitorang..coz mmg tak cukup kakitangan la nak keja imanidd yg makin macam2 coz wanna seek our attention kan..

pagi tadi cam biasa breakfast sorang2 after anta imanidd n pey ke kete..masa tgh kuis2 lempeng mama buat tetiba dengar enjin kete pey..eh nape pey patah balik?rasenye takde tertinggal pape (lainla klu ilyia yg dlm kete for sure ade je tertinggal barang..henponla henbagla..)..ayah tanya ada tertinggal pape ke?pey kata purse tertinggal (dlm ati aku mmg pelikla pey jarang ttgal brg)..pahtu pey bisik dia saja je coz nak breakfast dengan mummy..oh super sweetnye awakni!!!mummy mmg dah boring asyik breakfast sorg2..thanx papa sbb ceriakan mood mummy pagi2 ni..im so lucky to have u as my partner! Kadang-kadang suami tak perlu beri hadiah mahal untuk nampak sweet di mata isteri..just being there for her or listen to her omelan pon dah cukup bermakna kan?perempuan ni simple je..sape kate complicated?as long u guys being nice..kitorang akan berlipat ganda being nice n jadi isteri solehah..kan aman camtu?