Showing posts with label idd. Show all posts
Showing posts with label idd. Show all posts

Monday, May 13, 2013

Being a temporary housewife

After giving birth to iyad.. i decided to take a long leave to fully utilized my moment with this little alfarissi and spend time with iman n idd..being a housewife the most bende paling malas is lipat baju n tiding up wardrobe..but when it comes to small wardrobe n arranging cute little things it seems like I enjoy it a lil bit..nothing much to say coz im not the person who can express a thing into words so i express it thru picca!



iyad's wardrobe..mase idd dulu ianya hanya 5 tier now dah tambah another 5 tier..iyad still beli baju baru n tambah pulak baju imanidd masa kecik2..hehehe

iyad's accessories in partition

iyad's baby coat bile ianya siap dikemas hahaha

diy hanging cloth wardrobe for iman idd..amik batang besi paip letak antara 2 almari..hehehe..dah tak muat almari n risau roboh..

IKEA rack ni dulu letak pinggan mangkuk transform jadi open wardrobe for iman idd..bouht another one  nak letak jeans n towel

Bila jadi housewife ni seronok petang2..lepak..minum kopi cicah biskut..bawa iyad for evening walk hirup udara segar..while abang main football kat padang..

sokmo sebuk nak tolak adik



Lepak kat kebun ayah..paling best kalau musim buah..boleh makan jambu or rambutan...

hahahaha..paksa bayi main slide..

iman dah macam ah long bukit beruntung


idd main football sorang2 coz dia terlalu kecik utk diterima oleh team football taman ni..sian idd..









bile jadi housewife n perkara seperti di dalam gambar di bawah harusla bertabah..worse case pernah berlaku bila diorang banjir kan bilik..memang i jadi mak tiri la time tu..




 enjoy being a mom while u can & spend as much time u have during their kiddy time!




love,
Mummy Al Farissi

Thursday, July 19, 2012

Bercerai Susu/ Menyapih susu (Weaning off)




Kesimpulannya bukan senang nak cerai bf dengan Idd Al Farissi..sangat-sangat mencabar emosi, fizikal n spiritual..dengan dekat 2minggu kitorang tak bleh tidur coz Idd mengamuk takle nak bf..tapi tanggal 13 Julai 2012, genaplah Idd 2 tahun..maka dengan itu tamatlah tempoh tanggungjawab saya nak menyusukan Idd..Syukur Alhamdulillah..dapat juga menunaikan fardhu sebagai seorang ibu memberi susu sampai 2 tahun..masa Iman dulu susu badan sampai umur 1 tahun 2 bulan je..lepas tu pregnant Idd, secara automatik Iman tak nak bf..masa tu sedih sangat..sebab tak dapat nak bagi Iman susu bf secara full..



Teringat masa anak sulung bukan senang nak start fully breast feeding kat anak..dahla kurang pengetahuan and takde kawan nak kongsi pengalaman..semuanya atas usaha inisiatif saya sendiri kumpul maklumat..3 bulan saya merana tak reti bagi susu dengan betul kat Iman..tapi bile nurse datang..pandai pulak Iman ni menyusu..sekarang bila nak bercerai susu pun satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan..so pada ibu2 muda di luar sana kena tanam keyakinan dalam diri yang kuat dan jangan cepat putus asa..tipsnya..kena fikir dan ingat ini adalah tanggungjawab fardhu kita sebagai seorang ibu..Lagipun saya ada terjumpa surah Al Quran 

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu. Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya” (Al-Baqarah : 233)

so fikir-fikirkan dan selamat beramal ye!


Bagaimana saya memberhentikan susu anak?

Masa mula-mula dulu beria buat research camna nak ceraikan susu dengan Idd..dahla mamat ni tak suka susu botol langsung susah juga dibuatnya..ada sesetengah orang kata amik masa 2,3 bulan..tapi bagi saya, amik masa dalam 2 mingguje (tapi penuh sengsara tak tidur malam and paksa Idd minum susu botol)..last-last Idd mengalah juga sebab masa tu breast saya dah luka sampai kene letak ubat sepanjang masa,,,so Idd takdelah peluang sangat..before this kite letak minyak gamat selumber land gak la dia hisapkan...sabar jela..

Antara banyak-banyak blog yang saya baca..saya paling suka tips yang diberikan oleh wawa kat blog sini. Tips yang diberikan sangat menarik n mudah diikuti..saya copy paste je malas nak buat rumusan..



1. Kurangkan penyusuan. Setiap kali anak ingin menyusu, cuba alihkan perhatian kepada perkara lain terlebih dahulu. Mungkin beri mainan, atau bacakan buku atau apa sahaja yang Wana boleh lakukan.
2. Jangan tawarkan susu, tetapi jangan tolak jika dia mahu menyusu. Eh, sudah berlawan pula dengan item no. 1 tadi? Kadang-kadang, ibu secara tidak sedar akan menawarkan susu. Hal ini boleh dikawal kerana ia bergantung kepada ibu terutamanya ibu yang berazam untuk menceraikan susu. Namun, sekiranya anak meminta untuk menyusu, cuba lakukan langkah 1 dahulu dan jika tidak berjaya barulah boleh menyusukan anak itu.
3. Kurangkan waktu penyusuan secara berperingkat. Mungkin anda boleh mulakan dengan kurangkan penyusuan pada waktu siang. Sibukkan anak Wana dengan bermain supaya dia leka (langkah 1). Secara berperingkat, lanjutkan pula kepada waktu malam. Anak pada usia 3 tahun sudah boleh faham arahan dan penjelasan. Maka kita bolehlah jelaskan padanya waktu-waktu yang dibenarkan untuk menyusu direct.
4. Pakai pakaian yang sukar untuk menyusukan anak. Jika anda sering pakai nursing bra, mungkin anda boleh mula menggunakan bra biasa. Saya pula mula memakai Abaya (jubah) yang tidak berbutang dihadapan dan tunjukkan kepada Sawda betapa sukar dan tidak sesuai untuk dia menyusu jika saya memakai Abaya sebegitu. Jadi jika di luar rumah, tidaklah dia minta untuk menyusu.
5. Jika Wana ada spot menyusu dirumah, elakkan untuk duduk di tempat itu. Contohnya dirumah Wana sering menyusu disatu kerusi/sofa tertentu. Mungkin Wana boleh beralih tempat duduk. Jika Wana sering menyusu ketika baring, kurangkan berbaring (susahnya kan sebab kita pun mahukan rehat juga). Tapi ini semua hanya sementara sahaja.
6. Cuba gunakan teknik Sichida. Bercakap dengan anak pada waktu anak tidur. Apabila anak baru lelap/tidur atau tidur=tidur ayam, Wana boleh bisikkan ditelinganya dan beritahu perkara-perkara yang Wana harap dia buat. Ia boleh juga digunakan untuk anak-anak yang lain bagi perkara-perkara yang lain juga. Biasanya perkara yang dibisikkan pada waktu ini akan kekal dalam ingatan anak-anak.
7. Doa banyak-banyak dan mohon pada Allah swt supaya dipermudahkan urusan menceraikan susu pada anak. Doa senjata orang Islam yang paling kuat, dan Allah swt sangat suka pada hambaNya yang berdoa. Jadi Allah swt sahaja yang boleh bantu kita disaat kita rasa tidak berdaya dan berupaya.
8. Teknik meletakkan sesuatu pada badan ibu, seperti kopi, sos, dan sebagainya boleh berjaya pada sesetengah anak terutama anak yang lebih kecil, tetapi seorang rakan memberi saya tips untuk menyapu sedikit buat tunjuk langit (saya pun tak tahu bagaimana rupa asalnya kerana yang diberikan kepada saya hanyalah kepingan kecil sahaja). Sewaktu saya cuba, memang Sawda tidak mahu langsung menyusu. Agaknya rasanya payau dan kelat, saya pun tidak pasti kerana tidak berani rasa. Tetapi seperti yang saya maklumkan pada awal entri ini, saya belum bersedia, jadi esoknya saya tidak sapukan lagi buah ini. Kebetulan pula Sawda pun demam. Maka, tidaklah jadi bercerai susu.



so bagi ibu-ibu di luar sana bolelah cuba tips ini!


love,
Mummy Al Farissi

Thursday, April 19, 2012

Planning for Budget Fabulous Birthday Party

Untuk lebih idea dan gambar-gambar yang menarik boleh visit Instagram @partybyilyia or #partybyilyia or hubungi saya 019-9568584 (Ilyia Nur) or any option untuk dapatkan doorgift super awesome bole singgaj

https://reemdoorgift.com/
  • Party Theme- Lebih mudah kalau kita dah tetapkan tema..paling senang berdasarkan tema warna or tema kartun kegemaran anak-anak ok!
Princess theme

Sofia the First theme

If uolls tak boleh nak decide theme or character yang anak suka bole go on by color theme lagi senang

Red and Black color theme



Teal Blue theme with soccer theme


Or boleh buat based on apa yang anak anda suka or wanna be!
Airplane Party theme

Dinosaur Theme



Twinkle twinkle Little Star Party Theme 

Robot Theme

Pool Party Theme

Circus Theme


Blue Party at Waterfall

Black and Pink Party



  • Makanan- biasanya kalau party untuk budak-budak ni buatlah pada waktu petang sebab faktor cuaca and limited kan pada masa yang singkatje sebab budak-budak cepat bosan especially yang masih bayi cepat je running mood..so bajet untuk makan pun just sediakan MINUM PETANG..tak perlu sediakan makanan berat..mihun gorengke, kuih muih, mee kari or sup ke..yang suitable untuk ibubapa dan kanak-kanak lain yang hadir..junk food tu kalau boleh kurangkan..jangan pulak takde langsung sian kat budak just limitedkan and replaced dengan banyakkan buah-buahan..


Kalau nak senang pre-packed kids meal buat warna warni susun camni excited sikit kids nak makan



boleh sediakan fruit skewer, sandwiches, salad or spaghetti untuk kids 




BBQ pon ok!


  • Souvenir
- Ibubapa or kawan-kawan anda: nak bagi pon boleh taknak bagi pon takpe..just yang simple and boleh diorang pakai sebagai tanda terima kasih memeriahkan majlis anda dan bersusah payah bawak hadiah..saya just bagi potpouri handmade yang dibuat sendiri..gembira tengok dorang gantung dalam kereta!


Ataupun boleh beli balang kaca tu and bubuh kacang or prune kat dalam





Potpouri



-  Kanak-kanak: Tak perlu bagi banyak sangat gula-gula..cukup sekadar lolipop sebatang or puding..tambahkan dengan barang2 kegunaan lain yang lebih bermanfaat..e.g:sapu tangan, pensil comel, alat tulis, belon, party favor (tak baper penting sangat..main kejap je pahtu mereka akan buang, membazirje), permainan kecil seperti botol buih etc (anda boleh dapatkan pelbagai permainan kecil yang menarik kat kedai pemborong makanan ringan) tapi hati-hati..jangan bagi permainan yang terlalu kecil dan boleh membahayakan anak orang k!




Pastikan bagi makanan yang berkhasiat untuk kids jangan penuhkan dengan junk food tapi bagi saya boleh je sekali sekala spoilkan diorang with satu or dua jenis makanan ringan..ingat parent je cheat meal sekali sekala ape salahnye kids pon kan at least diorang merasa jugak alam kanak-kanak yang indah!


Comelkan?boleh DIY je door gift untuk kids








Princess party pack
Sponge Bob Party pack



  • Decoration- kalau nak jimat buat je sendiri, tiup belon sendiri, beli kertas jagung or riben and hias sendiri..takpun google je search free printables bla..bla..ikut apa saja tema yang anda mahukan..ikut arahan download dan print!senang saja
Nak senang and terus nampak wow belije helium balloon n lepaskan then hang kan gambar-gambar birthday boy/girl yang comel cume yang ni a bit pricey tapi paling senang tapi wow!

or bole print sticker untuk buat welcome board decoration

Nak nampak best boleh juga print banner

Boleh tambah Candy Buffet with simple sweet treats!

Cute mini cup cakes pon boleh jadi part of decorations

Gigihkan balut choc hehehe

Mineral water pon gigih nak balut

Idea ringkas untuk table decorations (Fresh flower and a frame pon dah cantik)




Spongebob Theme
Blue Picnic Theme

Simple decor
Pakai belon and bunting yang recycle setiap tahun pakai yang sama je


Hanging wishes
Frame
Hall of Fame

contoh printables daripada internet
atau decor dengan colorful paper




  • Birthday Cake- Benda paling penting u ols..takde kek tak bday partyla..Tidak kira pilihan anda samada ikut tema or yang custom made yang penting harus SEDAP..kalau anda rajin buat lah cake sendiri..jimat cost dan sedap..tak perlu beli yang mahal-mahal..yang mahal tak sedap. Contoh: Fondat cake (kanak2 tak suka..cantik je lebih)..Baskin Robin Ice cream cake (orang makan icecream je..cake tak sentuh coz tak sedap..membazir giler)..Macam saya tak pandai buat cake coz asyik bantat so selalunye custom made je..


  


Nak kek dijamin sedap and fondant tapi murah amat boleh hubungi no ni 012-3537397 (Cik Amal) or nak tengok hasilkek yang lain boleh cek kat instagram #deriamanis . Flavor paling saya recommend Buterscotch Almond or chocolate. Make sure tempah cream puff dia yang super sedap n murah!





Custom made birthday cake

  • Games-kalau nak memeriahkan lagi majlis atau budak-budak tak boring..boleh anjurkan simple games seperti musical chair, cari gula-gula dalam tepung, bola beracun, main buih, belon air..sekali sekala dapat main camni seronok jugak..boleh mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak. Jangan lupa sediakan hadiah untuk pemenang..at least teruja diorang nak bermain bersungguh-sunguh.
hadiah untuk games


Musical chair dan belon air

sand castle

belon air

Main buih
  • Photographer- Nak jimat ambil gambar sendiri..kalau nak tempah photographer pun ok..depends on your budget.selama ni suruh adik-adik je ambilkan gambar..yang penting ada gambar untuk kenangan!
tengah setting camera

  • Birthday boy/girl- one of the most important part!Jangan lupa siapkan birthday boy/girl secomel mungkin. Mereka bakal menjadi tumpuan, jadi harusla dandan comel-comel. Bukan persiapan rupa paras je penting, persiapan mental mereka untuk dikelilingi orang ramai, menjadi tumpuan perlu di ambil kira. Pastikan birthday boy/girl cukup tidur dan diberi makan supaya mereka tak bad mood!

Pakai baju ikut theme

touch up biar ala2 princess
p/s: Kalau ada idea yang menjimatkan boleh la share!

love,

Mummy al farissi