Sunday, June 20, 2010

how to give your baby their medication


entry kali ni khas untuk membantu owner blog Mrs Kown cara bagi ubat untuk anakanda kesayangannya iaitu Adam..blog ni saya suke sebab life dia hampir sama cam kehidupan saya..oor 1st son is boy..and for the second one we expected to have second baby boy..(boleh buat pasukan bola sepak ni..)..kalau tak silap die pon ex mrsm and same oso with me..

semua mummy mesti bermasalah kalau nak bagi anak ubat..same goes with me..dulu iman selalu kene demam sebab nak tukar bulan or kahak banyak kat paru-paru..mujur kitorang consult Dr Mas kat Pusat Rawatan Mutiara, Sg Buloh..Dr ni memang terbaik..jenis kecoh-kecoh sikit and tak lokek bagi tips or ubat yang terbaik untuk patient dia..dia memang dilahirkan untuk menjadi Dr..siang keja kat UM malam bukak klinik sampai malam nak rawat patient..sangat tabah bagi berkhidmat untuk masyarakat..

kalau iman demam..bukan ubat syrup pink biasa tu dia bagi..pasti dia bekalkan kami dengan ubat yang best..tak ingat nama ubat tu..tapi perisa oren and kurang pahit..kalau iman batuk, Dr akan pastikan iman sedut gas coz nak elakkan kahak makin teruk..last2 dia advice kami untuk beli je nebulizer sendiri coz iman kerap sangat kena and tak perlu tengah2 malam pegi klinik..tapi sejak ada nebulizer ni iman dah jarang demam and batuk2..

berbalik pada tips camne nak bagi ubat kat baby, ini cara yang berkesan Dr Mas ajar..tak perlu nak berperang pegang tangan dan kaki baby kuat2..dah la baby sakit pahtu pegang kuat2 mestila dia meronta2 and bertambah sakit la baby tu..actually dah penah cite pon pasal tips ni kat previous entry, tapi mesti tak bape faham sebab takde gambar nak tunjuk as an example..

  • Letak baby atas katil or sofa or tilam atas lantai (permukaan yang rata)..


  • Tukang bagi ubat tu duduk kat hujung kepala bayi sambil bersedia dengan syringe with dos ubat yang nak bagi..


  • Pegang mulut baby jadi cam bentuk mulut ikan
  • Pamkan ubat sikit demi sikit (kuantiti yang boleh baby telan) and each pump pastikan ada bunyi ‘gulp’ baru pump another amount k!
  • kalau baby nangis lagi bagus..lagi dia telan ubat tu easily..but beware..baby2 skang ni bijak2 belaka..mereka boleh simpan ubat tu untuk masa yang agak lama..so pastikan dah telan abis or dengar bunyi 'gulp' baru pumpkan another amount k..


bagi ubat kat baby memang kelihatan menyeksakan..walaupapepon kena bagi ubat jugak sebab baby mudah terdedah kat any infection..zaman sekarang ni human being terdedah kat macam2 penyakitkan..ape tah agi baby yang masih kecil tu..antibiotik paling penting..wajib abihkan!selagi tak abih,kuman kat dalam badan still tak bole hilang..saya lagila..duduk dengan parent sampai kene sorok2 bagi ubat sebab dorang marah asyik bagi ubat je..masa kitorang dulu2 tak perlu pon ubat banyak2kan..zaman dulu lain, penyakit kurang..zaman skang ni macam2 penyakit ada..so kenala amik langkah berjaga2, betul tak?ni advice yg Dr Mas bagila..sebab dia kata atuk2 and nenek memang tak suka sebab tengok kita cam menyeksa baby..tapi zaman dulu dan sekarang amat2 berbeza..

ini pulak contoh camne nak handle baby masa bagi nebulizer..iman memang fobia gile dengan mende ni..nampak mende ni je pon dah boleh nangis beria2..walaupun hati ibu ini tersentuh tengok dia nangis..tapi kena tabah gak sebab nak iman cepat sehat and tak nak keadaan jadi makin buruk..



p/s:anyway nak letak video iman pakai nebulizer..tapi search dalam folder ntah pegi mane lak video tu..so dapat papatkan gambar ni je yang terbaik..


love,

ilyia.faizol.iman al farissi

Sunday, May 30, 2010

another journal..vomitting weekend!


last weekend sepatutnya menjadi minggu bersukaria sambil membuat paper..tapi apakan daya ianya bertukar menjadi "vomitting weekend"...sebagai seorang pompuan yang memang susah nak muntah, sebab memang tak pernah kene morning sickness, maksudnya bila muntah tu memang dah terukla..dengan perut yang mengeras sentiasa, angin yang tak boleh nak kua..memang teribble gile..bila check up kat doctor rupenya baby dah turun..so dah tak songsang lagila kedudukannya..Alhamdulillah..ada hikmah disebalik kejadian..

iman lak skang busy praktis main bola..macam dia lak yang nak main untuk FIFA nanti..sorang2 dia pon boleh main..comel sungguh melihat die punye skill yang boleh tahan hebat...menyanyi pon dah pandai..abih tongkat moyang dia dijadikan mikrofon..





love,
ilyia.faizol.iman al farissi

Wednesday, May 5, 2010

PULANGKAN!


petang tadi dah selamat dah pulangkan maxis broadband yang baru..kata je 7.2mbps tapi tak lajupon..and asyik tak boleh detect sim card..penatje beratur panjang kat maxis centre KLCC...tapi demi loyalty tu Maxis broadband nak try gak yang baru walaupun 2 hari sebelum tu dah amik Celcom broadband...yang untungnya Celcom broadband, i dapat untuk FIFA edition tanpa kontrak..dapat bola kecik (untuk Iman) and pendrive kasut bola yang comel (untuk Pey)...walaupun Celcom b.band ni 3.6 mbps kat area umah ni at least ada la line 3G, maxis lak, kejap2 EDGE takpon GPRS je..memangla lembap..pki kat UPM okla..boleh dapat line HSDPA tapi menyebabkan laptop menjadi lembap..setelah seminggu berfikir dengan menimbang tara bahawa Maxis menawarkan pakej yang lebih murah dari Celcom RM68 sebulan untuk kelajuan 7.2 mbps dengan 3.0GB compare tu Celcom 3.6 mbps dengan 5.0 Gb (RM98)..kami amik keputusan untuk memulangkan Maxis b.band...sekian, review saya untuk dua broadband ini..terima kasih!

p/s: gile ape wanita mengandung ini mengepost entry pada pukul 4 am..tatau nape takle tido malam ni...Haish!

love,
ilyia.faizol.iman al farissi

Wednesday, April 28, 2010

sudah lama tidak update


iman sudah marah sebab tanak bagi dia gula-gula




saya sangat malas mahu update..busy dengan study...kena entry data yang banyak and membosankan..iman pulak dah turn into little monster yang amat comel untuk dimarahi dengan memancarkan sinar cahaya dari mata apabila tau mummy nye mahu marah..mummy sangat letih dengan long travel dari Bukit Beruntung-Glenmarie-UPM-Glenmarie-Bukit Beruntung..ditambah pula dengan iman yang semakin aktif untuk explore segala benda disekeliling beliau...

Preparation for Iris sudah hampir lengkap..walaupon membeli sedikit demi sedikit...dapat gaji beli drawer..dapat gaji agi beli rangka almari..dapat gaji agi baru beli aksesori sehinggalah lengkap..hehehe...sungguh mencabar apabila menjadi orang yang tidak berapa kaya ni..Pam susu dah kirim beli kat Kak Sharizan..InsyaAllah this may ni arrivela Medela PISA saya..kali ni beriltizam untuk memberi susu ibu sepenuhnya kepada Iris..hope family n hubby dapat membantu mencapai iltizam saya kalini..okla..sangat letih..tata dulu!

lihat curve saya ketika hamil...abaikan saja gadis dibelakang itu..

love,
ilyia.faizol.iman al farissi

Wednesday, April 14, 2010

macam mak-mak ke?

bila dah mengandung dah tak boleh pakai baju cam anak dara...bila pakai baju mengandung orang mesti tegur macam mak-mak...bila tanya hubby betul ke lya nampak cam mak-mak ni? dia jawab..nape?bukan awak ni memang dah mak ke???waaa..tak sukanya!!!dikelilingi kawan-kawan yang masih anak dara takkan nak kelihatan seperti mak-mak pada usia ni..cube lihat gambar di bawah ini..saya memakai shawl biru kelihatan seperti mak-mak kan..hahahaha!on that day ramai sangat tegur sampai ajak farah gi Jusco beli baju baru..semata-mata...tapi tak sempat tukar sebab tak sempat..wakakaka!



i hate baju mengandung!kena pakai seluar besar cam nyonya...nak beli seluar maternity mahal sangat pahtu boleh pakai sekejapje..selamat kat Jusco ada jual seluar loose dalam harga Rm 19..hehhehehe..nak pegi ofis pun dah tatau nak pakai baju apa dah..dahla baju kurung pon tak muat dah..akhirnya asyik pakai fashion yang sama je..padankan sleeveless skirt dengan pants and cardi..takpon nk senang pki long skirt with cardi..

ini antara contoh pemakaian saya ketika pregnant..

baju ni i loike coz simpleje..

ni baju bajet comel..ada hati nak pakai skirt..

i loike this suit sebab nampak cam tak pregnan..hehehe..

ni baju nampak gemuk...hehehe..blouse and inner..

first time pakai tudung ariani..cam mak2 kan saya..maxi dress with half cardi..

maxi dress with cardi..

maxi dress with long cardi..luv this cardi..

maxi dress with cardi..

maxi dress with cardi..

simple..blouse with pants

tapi..tinggal agi beberapa hari je nak pakai baju2 camni..pasti akan merindui baju-baju ku ini terutamanya seluar yang besar seperti ikan paus pakai...hehehehe...tak lama lagi baju rasmi ku adalah uniform berpantang di mana baju rasminya adalah baju besar gedebeh yang butang kat depan and kain batik..owh~takle melawa ke time berpantang???takde ke orang cipta pakaian yang cantik ketika berpantang..huhuhu..kepada teman-teman yang sentiasa berada di sekeliling ku ketika tengah mengandung mesti dah bosan dengar makcik ni membebel "belum cari baju nak masuk hospital la".."tudung nak masuk hospitallah".."selipar nak masuk hospital la"..hubby agi pening.."pey..lya takde baju yang padan nak pakai ngan kain batik masa keluar hospital nanti"..sambil menggaru kepala, terpaksala membawa isterinya yang sengal ni shopping baju yang sesuai ngan kain batik..pening tak pening gakla nak carik..tula..bininya memang tak de banyak songeh nak mengidam makanan pelik-pelik..cuma pelik-pelik bab-bab baju je..pahtu ada hati nak beli baju sexy sebab teruja teman bestie dia pilih baju untuk hunnymun..macamla ko muat ilyia wei pakai baju-baju camtu wut masa skarang ni..anyway i'm gonna miss this baju untuk 3, 4 tahun agi..stopla dulu nak wut anak ni..penat seh..leh..baju still bole pakai..cuma seluar je dah nak kena simpan..goodbye seluar nyonya and ikan paus ku..

love,

ilyia.faizol.iman al farissi