Wednesday, January 4, 2012

excited news:: Pendaftaran Haji melalui KWSP

Seperti sedia maklum..azam tahun ni at least nak start balik simpan duit untuk menunaikan haji dan sekaligus perkara pertama yang harus dibuat adalah daftar dengan tabung haji..Berita terbaru, boleh guna KWSP akaun 1 untuk pendaftaran Haji..seronoknya!!! ni info dari laman web KWSP:


Pendaftaran Haji Ahli KWSP

Inisiatif  Pendaftaran Haji Ahli KWSP merupakan satu kemudahan yang membolehkan seseorang ahli yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji (LTH) tanpa perlu mendepositkan simpanan sebanyak RM1,300.00 dalam akaun Tabung Haji.

Kemudahan ini tidak melibatkan pengeluaran wang simpanan KWSP.


Syarat-syarat Kelayakan

Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:

a.    Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
b.    Beragama Islam
c.    Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
d.    Belum mencapai umur 55 tahun
e.    Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji

Kemudahan pendaftaran haji ini hanya dibenarkan kepada individu atau ahli KWSP berkenaan sahaja.

Ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi sebelum ini dan wang pendaftaran haji RM1,300.00 sebelum ini dicairkan.


Kaedah Pelaksanaan

Ahli boleh mendaftar haji di bawah Pendaftaran Haji Ahli KWSP dengan hadir sendiri di mana-mana cawangan LTH, Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP. Proses pendaftaran haji adalah mengikut prosedur semasa LTH.

Nota: Penyata KWSP boleh diperolehi melalui i-Akaun, kios, kaunter atau penyata tahunan yang dihantar melalui mel. 


Tarikh Kuatkuasa 

Kemudahan ini berkuatkuasa mulai 3 Januari 2012.


Rujukan dan Pertanyaan 

Sila klik di sini untuk melihat Soalan-soalan Lazim berkaitan kemudahan ini.

Pertanyaan lanjut juga boleh disalurkan ke:

a.    Maklum balas online melalui Enquiry
b.    Pusat Pengurusan Panggilan KWSP di talian 03-89226000
c.    Mana-mana Pejabat KWSP

Tabung Haji Contact Centre
Tel: 03 – 6207 1919
Laman Web: www.tabunghaji.gov.my






LABAIKALLAH!!

p/s: Tak sabarnya nak pegi menunaikan Haji!!!

love,
mummy al farissi

Monday, December 12, 2011

Idd First Birthday


baru nak post idd first birthday..sangat special sebab ni outdoor birthday party kat Air Terjun Serendah..sangat syok!


 decor by Ilyia...Blue theme!

 Photobooth

 phoyographer ready their gadjet


 tetamu pertama dah sampai..cik mimiez..sangat seronok main khemah2!


papa ready for the BBQ


this is where the celebration will start!


 birthday boy super cute!

 ready for the fun!

 idd with papa & mummy!

 the party


makcik yang pelik-pelik..


 tetamu wajib ada saya yang kalau takde amat tak bermakna party itu..thanx dila n mimiez!


 mummy&papa interprem..



 idd n abang!


 thanx kak sharizan all the way datang sini..u make idd's day!

 idd's atta!


 uncle qar9..

thanx kengkawan iman yang sangat besar sudi datang!





love,
mummy al farissi


Monday, August 29, 2011

RayA tahun ini..



Teringat bile balik klang..
Saya rindu bz buat persiApan raya dgn wan..buat ketupat..dodol..rendang..
Saya rindu nak suh wan rasa pelbagai jenis kuih buat sendiri..
Saya rindu nak rasA kuih n jeruk yg wan sorok bawAh katil..
saya rindu nakg lelong raya kt bazar ramadan tgh2 malam..
SAya rindu nak dgr makcik2 berborak smpi tgh mlm..

Di pagi raya..
Saya rindu nak buat2 bz tlg sediakan makanan dgn mama n makcik2..
Saya rindu nak main mekap2 dengan adik2..
Saya rindu nak photogedix sampai lebam dgn kazen..
Saya rindu nak rasa pelbagai jenis rendang kat uma org..
Saya rindu nak salam raya dgn ayah,mama n wAn..
Saya rindu nak terkinja2 berebut duit raya kat pakcik makcik ngalahkan budak kecik...

Blk alor gajah..
SAyA rindu bunyi bising maklong,makngah n makcik bile adik beradik sy yg nakal dh smpi..
Saya rindu tidur kat rumah kampung yang bile semua balik ibarat menyusun batang balak dlm rumah..bertuahnye org yg dpt tidur kt tilam kekabu yg empuk..
Saya rindu kazen saya yang giler2..



the most important thing..saya paling rindu wan saya..semoga roh beliau dicucuri rahmat. ALFATIHAH

love, ilyia.faizol.iman al farissi

Thursday, January 27, 2011

hey mummy~

hey mummy~

bile nak update pasal iman n idd al farissi ni???


love,
 ilyia.faizol.iman al farissi

Saturday, November 6, 2010

i missed the old IPPH

suddenly i missed the old IPPH where we can work and laugh together even many among of them hate us because we are budak nakal IPPh yang selalu bising and party everyday..haish..sekarang semua tu tinggal kenangan..

hope dapat grad secepat mungkin and blah dari situ..now im making one step ahead and hope the path will have no restriction at all..Ya Allah..berikan ku kekuatan..and did anyone really can help me to kick me so i can have kick start to write my thesis???


perbuatan cacat kami~

dias sudah selamat graduasi~u're my icon!

@GCTOF lab~dulu-dulu!

5sekawan

kaco kak zihan kat lab

xtvt biase n wajib kami! makan dan makan lagi~

with  yatie n farah

my best ever friend since U life

with yatie~ kangen kamu!

niena~new edition geng bising!

k.nora n wan~ new edition geng party everyday!

preggy lady yg sengal sedikit~

@WHR10

staff IPPH yg best!


love,

 ilyia.faizol.idd&iman al farissi