Wednesday, June 3, 2009

MENGURUS KEWANGAN ANDA

Merancang perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak tidak kira sama ada gaji anda besar ataupun kecil. Di antara kesilapan yang sering dilakukan berkaitan duit ialah terlalu banyak berhutang, lambat membayar bil dan tidak menyimpan wang untuk kegunaan masa depan. Anda boleh mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama dengan mengawasi tabiat berbelanja anda.

Urus wang anda dengan bijak melalui langkah berikut:

Langkah 1:Menentukan matlamat kewangan anda

Adakah anda merancang untuk…

  • Membeli rumah?
  • Membeli kereta?
  • Memulakan keluarga?
  • Menabung untuk pendidikan anak anda
  • Melancong?
  • Menyediakan perbelanjaan perubatan?
  • Menyimpan wang untuk digunakan setelah bersara?
Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.

Langkah 2- Menjejaki ke mana perginya wang anda


Selepas anda menentukan matlamat anda, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik agar matlamat anda mudah dicapai. Ingat bahawa matlamat anda buat masa yang terdekat ini bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi mengenal pasti tabiat berbelanja anda. Melalui pemerhatian ini, anda dapat mengetahui:

  • Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang anda
  • Berapa banyak hutang anda setiap bulan
  • Berapa baki wang anda yang masih tinggal di penghujung bulan
Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.

Langkah 3- Menilai Tabiat Berbelanja Anda

Jika wang anda tidak berbaki pada penghujung setiap bulan, sudah tiba masanya anda menilai tabiat berbelanja anda. Teliti semula semua perbelanjaan anda dan tentukan sama ada apa yang telah anda beli ialah barangan yang anda benar-benar perlukan atau hanyalah memenuhi kemahuan anda. Perhatikan sama ada:
  • Anda menggunakan simpanan untuk membayar bil semasa
  • Anda memohon pinjaman baru untuk melangsaikan hutang pinjaman lama
  • Hutang anda lebih besar daripada pendapatan
  • Anda membeli sesuatu tanpa memikirkan sama ada anda mampu atau tidak
Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.

Langkah 4-Menulis Rancangan perbelanjaan Anda

Pelan perbelanjaan membantu anda merancang kewangan. Anda boleh mengesan ke mana duit anda dibelanjakan seterusnya mengelakkan kebanyakan perbelanjaan tersebut dan mula merancang simpanan anda. Mulakan pelan perbelanjaan anda dengan panduan mudah berikut:
  • Tentukan jumlah pendapat bulanan anda
  • Tambah jumlah perbelanjaan termasuklah bil bulanan, bayaran balik pinjaman, sewa, perbelanjaan seharian dan lain lain
  • Ketepikan sejumlah wang untuk kecemasan dan perbelanjaan bermusim (seperti yuran sekolah, musim perayaan, cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain)
Untuk maklumat lanjut bagaimana untuk menguruskan wang secara bijak, muat turun buku panduan mengurus wang anda. Anda juga boleh menggunakan alat bantuan perancangan kewangan yang kami sediakan khas untuk para pengguna


p/s: sejak akhir-akhir ini entri saya agak skema..hehehe..saja nak kongsi ilmu pengetahuan yang saya ada untuk pengetahuan bersama ok...

Tuesday, June 2, 2009

List of Halal Certified Hotels & Resorts

check this out...ingat..lepasni apa2 function nak buat kat hotel..pastikan halal ok!

HOTEL CERTIFIED DATE
ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR
Uda Ancasa Sdn Bhd,
Jalan Tun Tan Cheng Lock,
50050 Kuala Lumpur
01/05/2009-30/04/2012
CORUS HOTEL, KUALA LUMPUR (MING COURT HOTEL (KL) SDN BHD)
Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
01/02/2008-31/01/2010
CRYSTAL CROWN HOTEL (NIKMAT MAJU DEVELOPMENT SDN BHD)
No 12 Lorong Utara A,
Off Jalan Utara,
46200 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
01/03/2009-28/02/2011
EMPRESS HOTEL SEPANG
(KSB REQUIREMENTS & REST SDN BHD)

Jalan ST 1C/7,
MEDAN 88 Bandar Baru Salak Tinggi,
43900 Selangor Darul Ehsan
01/12/2007-30/11/2009
GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM(SEMARAK CAPITAL SDN. BHD.)
Persiaran Perbandaran Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor
01/12/2007-31/12/2009
GRAND DORSETT LABUAN HOTEL
Victoria'S Brasserie,
LOT 462, Jalan Merdeka,
87029 Labuan
01/12/2007-30/11/2009
GRAND PALACE HOTEL
Lot 638, Block 7, MCLD Pelita, Commercial Centre,
2-KM, Jalan Miri-Pujut,
P.O.Box 1525,
98008 Miri,
Sarawak
16/07/2007-15/07/2009
HILTON PETALING JAYA
2, Jalan Barat,
46200 Petaling Jaya,
Selangor
01/08/2007-31/07/2009
HOTEL ARMADA PETALING JAYA
Lorong Utara C, Section 52,
P.O Box 691,
Pejabat Pos Jalan Sultan,
46200 Petaling Jaya,
Selangor
01/12/2007-31/12/2009
HOTEL PUTRA KL
Selesa Inn Kuala Lumpur,
285 - 287 Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur
01/12/2007-31/12/2009
HOTEL SERI MALAYSIA (IPOH)
GHAZALI MANAGEMENT SERVICES

Jalan Sturrock,
Off Jalan Tambun,
30350 Ipoh, Perak
01/06/2008-31/05/2010
HOTEL SERI MALAYSIA (PENANG)
PRISMA LAMUNI SDN BHD

NO 7, Jalan Mayang Pasir 2,
Bandar Bayan Baru,
11950 Pulau Pinang
01/06/2008-31/05/2010
HOTEL SERI MALAYSIA (TAIPING)
TUNAS LARUT ENTERPRISE

No. 4, Jalan Sultan Mansur
34000 Taiping, Perak
15/07/2008-14/07/2010
HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG
Mohamed Shukor bin Mohd Zakaria Enterprise

(Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang),
Lot 979 & 980 Pantai Bagan Lalang,
Sg Pelek Sepang,
Selangor
01/12/2007-30/11/2009
KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE
CONVEX MALAYSIA SDN BHD (KLCC)

Kuala Lumpur Convention Centre,
Kuala Lumpur City Centre,
50088 Kuala Lumpur.
13/02/2008-12/02/2010
LABUAN MARINA CENTRE SDN BHD
No. 1, Jalan Wawasan,
87000 WP Labuan.
01/12/2007-30/11/2009
LEGEND HOTEL KL (METROPLEX HOLDINGS SDN BHD)
Tkt 33, Putra Place Office Tower,
100 Jalan Putra,
50350 Kuala Lumpur
01/08/2007-31/07/2009
MAYOR HOTELS BERHAD
T/A City Villa Kuala Lumpur
69 Halan Haji Hussein,
Off Jalan T.A.R,
50300 Kuala Lumpur
01/06/2008-31/05/2010
PNB DARBY PARK EXECUTIVE SUITES, KUALA LUMPUR
10 Jalan Binjai,
50450 Kuala Lumpur.
01/12/2007-30/11/2009
SHERATON HOTEL LABUAN
Grand Dorsett Labuan Hotel,
Victoria's Brasserie, Lot 462,
Jalan Merdeka, 87029 Labuan
01/08/2007-31/07/2009
THE PARAMOUNT HOTEL
3, Lorong 9A,
Jalan Kampung Dato,
96000 Sibu,
Sarawak
16/03/2008-15/03/2010
THE SUMMIT HOTEL, SUBANG USJ
Persiaran Kewajipan USJ1
47600, UEP Subang Jaya, Selangor
01/05/2009-30/04/2011
TIARA LABUAN HOTEL
Jalan Tanjung Batu,
87007 Labuan
01/12/2007-31/12/2009
TRADEWINDS HOTELS & RESORTS SDN BHD
THR (JOHOR) SDN BHD
Mutiara Johor Bahru,
Jalan Dato Sulaiman,
Taman Century KB 779,
80990 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim,
Malaysia
01/03/2009-28/02/2011
RESORT CERTIFIED DATE
RESORT VILLA GOLF COURSE DEVELOPMENT SDN BHD
IOI RESORT
62502 PUTRAJAYA
01/05/2008-30/04/2010
TRADEWINDS HOTELS & RESORTS SDN BHD
THR (JOHOR) SDN BHD
Mutiara Johor Bahru,
Jalan Dato Sulaiman,
Taman Century KB 779,
80990 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim,
Malaysia
01/03/2009-28/02/2011
UITM HOSPITALITY MANAGEMENT SERVICES SDN BHD
Intekma Reseort & Convention Centre, Persiaran Raja Muda, Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
01/12/2007-31/12/2009

PEMBIAYAAN UNTUK PENGAJIAN IJAZAH LANJUTAN DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KEDUA

Permohonan adalah dipelawa kepada graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap atau pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah lanjutan di IPTA, Universiti Multimedia (MMU), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).

OBJEKTIF PROGRAM:

Menyediakan peluang pembiayaan bagi graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap atau pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah lanjutan.

PENAJAAN PENGAJIAN*

  • Penajaan ini hanya terbuka kepada calon-calon yang sedang mengikuti pengajian dalam tahun 2009 serta yang akan memulakan pengajian bagi sesi akademik 2009/2010.
  • Calon-calon yang ditaja hanya akan dibiayai dari segi yuran sepanjang tempoh pengajiannya.
  • Tempoh tajaan maksimum bagi pengajian peringkat sarjana ialah empat semester (dua tahun) iaitu tidak melebihi RM10,000.00.
  • Tempoh tajaan maksimum bagi pengajian peringkat Ph.D ialah lapan semester (empat tahun) iaitu tidak melebihi RM20,000.00.
  • Bagi calon Ph.D, RM1,500.00 disediakan sebagai bantuan khas penyelidikan dan penyediaan tesis dengan syarat cadangan penyelidikan diluluskan oleh pusat pengajian siswazah / fakulti dan bantuan ini adalah termasuk serta tertakluk kepada had maksimum peruntukan bagi seorang calon Ph.D iaitu tidak melebihi RM20,000.00.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat-Syarat Umum

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang sedang atau memulakan pengajian dalam tahun 2009 dan 2010 sahaja.
  2. Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi calon peringkat sarjana dan 43 tahun bagi calon peringkat Ph.D para tarikh memulakan pengajian.
  3. Pengajian adalah secara sepenuh masa.
  4. Pembiayaan diberikan setelah menerima surat tawaran dan mendaftar sebagai pelajar ijazah lanjutan di mana-mana IPTA dan IPTS terbabit.
  5. Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja (kecuali pinjaman pelajaran atau elaun pembantu penyelidik siswazah).
  6. Tiada ikatan perjanjian dengan pihak lain.
  7. Tiada ikatan kontrak yang akan dikenakan dan pembiayaan ini tidak bermaksud untuk berkhidmat dengan pihak Kerajaan selepas tamat pengajian.

Syarat-Syarat Khusus

  1. Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya CGPA 2.75 atau setaraf dengannya bagi pengajian peringkat sarjana dan berkelayakan sarjana yang baik bagi pengajian peringkat Ph.D.
  2. Bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA di bawah 2.75 atau setaraf, pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan akan dipertimbangkan.
CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK
  1. Calon-calon yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan umum dan khusus yang ditetapkan.
  2. Mempunyai pekerjaan tetap atau berpendapatan tetap.
TEMPOH TAJAAN
    Ph.D - maksimum lapan (8) semester
    Sarjana – maksimum empat (4) semester
    Yuran akan dibayar terus kepada pihak universiti.
KAEDAH PERMOHONAN

Pemohon boleh muat turun borang permohonan mulai 12 Mac 2009. Permohonan yang lengkap beserta dokumen sokongan boleh dihantar ke alamat seperti di bawah.

Soalan Lazim

Muat turun borang tuntutan bantuan khas penyelidikan dan penyediaan tesis

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Bahagian Biasiswa,
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 4, Blok 1, Menara PjH
Presint 2, 62100 Putrajaya.
(u.p: Tajaan Khas Bajet Mini 2009)

Tel. : 03-8884 4607 / 4612 / 4669 / 4634 / 4618
Faks : 03-8884 4701
E-mel: bajetmini@mohe.gov.my

NOTA : Pembiayaan ini tidak termasuk kos elaun sara hidup. Jika perlu, PTPTN ada menyediakan kemudahan pinjaman ini, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi berkenaan.

Monday, May 25, 2009

winduuuu baby iman!~confession of mummy~






hye..

peningnye kepala ku ini...tadi lunch temankan dr puziah makan nasi arab kat uniten..pekena kambing sekali amik ko kan dah pening ni..biasanya ok aja..by the way..rindunya kat iman..camnala ibu-ibu lain bole berpisah dengan anaknya..aku baru sehari cam dah nak gila..kalah berjauhan dengan pey zaman cintan-cintan dulu..malam tadi bukak slide show kat windows picture gallery and tertidur sambil tengok picture iman..baru boleh tidur walaupun hubby ada di sebelah, masih tidak dapat melenakan daku..cewah..i keep on wonder also camna ibu-ibu boleh meninggalkan anak mereka di nursery..boleh percayake penjagaan diorang?kalau anak aku nangis camne diorang handle baby ramai-ramai?nursery memang boleh jaga, tapi diorang akan provide kasih sayang sekali ke?(ngada-ngadakan aku ni nak demand)..yela masalahnya bayi-bayikan pada peringkat umur camni memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya untuk tumbesaran..kadang-kadang fikir nak berhenti je belajar jaga anak..mana larat nak ulang alik bukit beruntung-glenmarie-upm hari-hari..cost yang tinggi agi..tapi aku kene tabah coz ini bukan cita-citaku..jadi surirumah sepenuh masa..tapi sampai masanya aku akan tetap nak jadi surirumah sepenuh masa nak berbakti kepada suami, ibubapa dan anak-anak..sambil-sambil tu buatla part time kecil-kecilan buat duit nak shopping..tapi aku kena tabah..takkan nak buat kerja separuh jalan..itu bukan ilyia namanya..tapi tu la kan penangan anak ni rupa sebegini hebat..takpela..aku cube untuk tabah dan tabah agi..semoga Allah membantu aku mempermudahkan kehidupan seharian ku ini..AMIN..

bdw.. this some pictures keluar makan dengan affan and farah after saya sekeluarga penat bershopping untuk raya tahun ni..prepare awal beb..

dinner kat food court ampang..location:dekat balai polis ampang..murah giler makan kat sana..pari/sotong/ikan+nasi putih+sayur+air asam=RM5.00..murah giler and berbaloi..

iman with his atuk affan and nanny farah..


dedi..tukar pampers saya..

saya budak poyo..saya sombong!

nak upload gamba saya dan family takde keje..amik gamba tema ibu dan anak..hahahahha..purrrfect mommentz~







 







|
|
|
THE END

love,
ilyia.faizol.iman al-farissi





Thursday, May 21, 2009

my baby iman got fever for a WEEK!gosh~



olla...

lama gila tak post any news kan..busy iman demam seminggu..sedihnye..selamat takde pape yang berlaku..tapi my iman ni amat kuat orangnya..can u believe he didn' cry at all masa amik darah??mummy dia yang tak sanggup nak tengok, just suh attin (panggilan nenek untuk mama i yang tak nak dipanggil nenek..) je gi bawa masuk kene cucuk amik sampel darah..wah..i sendiri takut kene amik darah dia boleh rilek je..hebat sungguhla budak kecikni..tapi yang lawaknya bila part makan ubat..pergh..berperang gak la..terpaksa jadi mummy yang kejam dalam nak bagi ubat kat dia..tapi i takdela sampai pegang tangan and pegang kaki tu semua..doktor Mas ajar..baringkan baby kat tempat rata..pahtu pegang mulut dia jadik cam mulut ikan and pamkan ubat (use syringe) kat dalam mulut dia sikit demi sikit ikut dos yang ditetapkan..jangan takut baby nangis..lagi dia nangis agi bagus..coz die agi senang telan ubat..tapi beware k coz baby2 ni sume bijak belaka..dorang bole simpan ubat dalam mulut at least for one hour u know( ni dr mas punye data k..kalau die silap i pon silap la..heheheh)..yela mase dalam perut pon diorang bole survive hidup dalam janinkan..and then cara nak tau baby dah telan ubat tu, akan bunyi like 'gulp' cam tula..bunyi cam telan gitu..tapi kene tabah la bagi ubat kat baby..diorang memang akan menangis bagai nak rak tapi kite kene gak bagi ubat..kalau tak camne nak sihat rite?iman pon sama gak..gi amik darah tak nangis..makan ubat nangis macam ape tah..sabar jela..now let we see some of iman picture masa gi hospital..


iman asyik nangis je..cam meracau-racau..tak keruan mummy die dibuatnya..



tidopon meracau-meracau(sory kualiti video kurang menarik)


nak cari posisi tido yang selesa pon payah...


nak layan orang pon tak larat..

|
|
|

okla sayang..meh mummy bawak gi klinik k..

ape?takut nak gi klinik?takpe jangan nangis..ramai orang teman iman pegi..attin ade..


mama lala ade..

uncle konai pon ade...

||||||||


muka pon cuak je kene gi klinik...

on the way to klinik..

||||||||||||

inilah hasilnya setelah gi klinik kene amik darah..
tapi apa yang membanggakan baby iman langsung tidak menangis..mummy dia sendiri takut nak bawa iman masuk bilik amik darah..but u are strong iman..i sendiri tak percaya..

see attin..my hand..kene cucuk..

|||||||

mummy proud of you iman!

|||||||
ok..masa untuk iman tidur setelah seharian pegi klinik...ssyyhh!



aiks..tido tipu-tipu je ye sayang...


|||||
ok that's all for today..mummy iman mengambil masa 3 hari untuk menyiapkan entri ini...hehehhehe..tapi berjaya gak post..saya memang tak pandai jadi penulis blog..tapi kalau suruh berborak memang saya berbakat..sebab tu sampai sekarang tak perlu hadiahkan diari sebab mula-mula je rajin..


ello girls out there..nama saya iman al-farissi..i'm single but not available..


love,
ilyia.faizol.iman al-farissi